Saturday, November 28, 2009

KEKANGAN MEDIA

Petikan bernama.com 27/11/09

Parti Politik Digesa Tidak Halang Media Membuat Liputan - CIJ

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pusat bagi Kewartawanan Bebas (CIJ) hari Jumaat menggesa parti-parti politik tidak menghalang mana-mana organisasi media daripada membuat sebarang liputan majlis.

Pengarah Eksekutifnya V.Gayathry berkata persatuan itu tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang yang tidak membenarkan Utusan
Malaysia daripada membuat liputan sidang media yang diadakan…LAGI…

>>>>>>

CATATAN PK

Di dalam mewarnai ciri-ciri demokrasi berparlimen, peranan media kini begitu mencabar dan dicabar. Kerjaya wartawan kini sudah sudah jauh berbeda. Dahulunya kehadiran wartawan jelas hanya daripada media aliran perdana. Kini lanskap kewartawanan berubah kerana wujudnya wartawan-wartawan daripada pelbagai media sama ada yang memilih jalan tengah sebagai media yang tidak memilih parti dan juga media yang disokong oleh pihak pembangkang. Di samping itu ramai juga kalangan mereka yang menganggap diri sendiri sebagai wartawan dan mengkategorikannya sebagai "citizen journalism".

Apa-apa pun dalam keadaan sebegini semua pihak perlu menyedari hakikat perkembangan ini kerana lanskap perkembangan media juga telah jauh berubah. Walau apa pun aliran kewartawanan yang dipegang, mereka tidak dapat lari daripada memegang teguh konsep menghormati etika kewartawanan. Di samping itu adalah juga wajar direnungi pandangan sebegini...

"Pointing a camera at an event and covering the entire event is not journalism. Journalism is in the editing. Journalism is in the selection. Journalism is in the content."TED COPPLE - CBS Newscaster.

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam & bagi mereka yang menggunakan lebuhraya untuk pulang ke kampung, berhati-hati ketika di jalanraya

Thursday, November 26, 2009

KUASA OPRAH

Petikan Utusan Online - 26/11/09
Kuasa seorang mogul TV
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
SAAT Oprah Winfrey mengumumkan rancangan bual bicaranya, The Oprah Winfrey Show akan melabuhkan tirainya selepas 25 tahun bersiaran baru-baru ini, ia sebetulnya bukanlah satu berita yang mengejutkan
>>>>>>
CATATAN PK
Kejayaan Oprah mewarnai dunia penyiaran selepas 25 tahun bersiaran di Amerika Syarikat seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada para penerbit penyiaran tanahair.
Di negara ini untuk menjadi seorang penerbit memerlukan kegigihan luarbiasa.
Ini kerana nyawa Rumah Penerbitan – Production Houses banyak terletak kepada kesediaan stesen TV yang ada untuk menyambung talian hayat Production Houses berkenaan. Sistem pemberian 13 episod yang menjadi amalan tidak banyak membantu.
Sekiranya diamati banyak daripada Production Houses yang berkubur selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1999.
Selepas itu, peluang-peluang yang terbuka adalah begitu sedikit kerana stesen TV hanya memberi terlalu sedikit kontrak kepada Production Houses yang ada dan ini begitu menyukarkan. Ini ditambah dengan langkah terbaru sesetengah stesen tv swasta membuat sendiri program-program untuk menjimatkan kos. Usaha yang diharapakan daripada stesen berkenaan untuk membantu industri penyiaran negara tidak kesampaian.
Bagi stesen tv kerajaan peluang masih terbuka lagi. Namun saingannya pula begitu sengit.
Mengikut maklumat yang ada tahun 2010, dua buah stesen lagi akan menemui penonton iaitu TV Islam dan TV Sukan.
Kepelbagaian stesen TV ini secara positifnya banyak membuka peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya kepada karywan muda yang bakal mewarnai industri penyiaran ini. Adalah diharapakan juga pendekatatan Tecnological Know Who yang mengatasi Technological Know How yang menjadikan industria penerbitan tanahairberterusan suram di kesampingkan.
Seperti pernah disebut dalam blog sebelum ini, sekiranya program-program TV tanahair, dibuat oleh mereka yang tahu, maka lahirlah karya kreatif yang bermutu. Jika Saudagar Kicap, Saudagar Kayu Gaharu yang tidak mempunyai Technological Know How tetapi mempunyai Technological Know Who – pikirlah sendiri apa akan jadi pada industri ini. Sekiranya lagu lagu lama diberi adunan pendekatan yang tidak asli maka akan tidak aslilah hasilnya.
Tepuk dada tanyalah selera.

Wednesday, November 25, 2009

KLIP VIDEO BERNAMA

Petikan www.bernama.com – 25/11/09.

Bernama Bakal Perluas Perkhidmatan Kepada Berita Klip Video

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perisian memproses berita secara online, dikenali Bernama Editorial System Terminal (BEST) yang memenangi Anugerah Inovasi ICT terbaik peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan semalam, akan diperkembangkan dengan penghasilan sistem memproses berita berbentuk klip video tahun depan…LAGI…

>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Tuesday, November 24, 2009

BERNAMA TV - BARU?

Petikan bernama.com.my 24/11/09

Bernama TV Lebih Daya Maju Di Bawah Pengurusan Baru

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bernama TV akan menjadi satu entiti yang lebih berdaya maju di bawah pengurusan baru yang mengambil alih operasi saluran berita 24 jam itu, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang...LAGI...

>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.
*Lihat juga blog sebelum ini mengenai perkara yang sama...

Thursday, November 19, 2009

PERTIKAI BLOG

Petikan bharian.com.my- 19/11/09

Kredibiliti portal, blog boleh dipertikai

Oleh Rejal Arbee
Apakah hanya bila kritik pemerintah dianggap tak berat sebelah?

AKHIR ini persoalan sering ditimbulkan apakah media sekarang masih boleh dipercayai kerana kredibiliti masing-masing dikatakan semakin terhakis? Bila disebut media, ia biasanya ditujukan kepada media arus perdana dan ini disempitkan lagi kepada hanya media cetak iaitu akhbar. Tuduhan dibuat bahawa media arus perdana ini selalu sangat memutarbelitkan berita
LAGI…

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

FREEMALAYSIATODAY

Sebuah lagi laman web berita menemui pelayar internet dengan pelancaran www.freemalaysiatoday.com pada 11/09/2009.

Pelayar internet tempatan kini mempunyai pilihan melayari laman web ini ataupun laman web yang sedia ada sebelum ini seperti www.malaysiakini.com dan www.malaysiainsider.com.
Kesahihan isi kandungan web sebegini perlu dibentuk oleh wartawan-wartawan media baru ini sendiri bagi menarik minat pembaca masing-masing. Hakikatnya masyarakat negara ini perlu menerima kehadiran mereka sebagai satu lagi alternatif kepada akhbar-akhbar aliran perdana yang sedia ada.
Itulah keindahan kepada sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan rakyatnya mengikuti pelbagai genre pandangan daripada pelbagai pihak.

Petikan – Mission Statement akhbar ini di halaman utama –

” Free Malaysia Today is a free and independent online news portal.

Our mission is to report the present, examine the past and prepare Malaysians for the future.

Our goal is a new Malaysia built on the foundations of what was promised at independence in 1957 but has been warped ever since.

Free Malaysia Today is not affiliated to any political party. We believe in the free flow of information and in the media’s responsibility to provide the grist that enables thousands to think critically and constructively so that civil society can work together with the media to ensure good governance in the public and private sectors’ administration and delivery of goods and services.

We understand that our readers are diverse and have varied interests. Our portal is offered in four languages and covers issues flaring or simmering on the national and international arenas. In other words, all the news and commentaries that impact upon our daily lives.

Editors

Free Malaysia Today

Monday, November 16, 2009

AMBILALIH BERNAMA TV

Petikan bernama.com 14/11/09

Satu Kumpulan Tawar Ambil Alih Bernama TV - Rais

KUALA KLAWANG, 14 Nov (Bernama) -- Bernama TV akan mengalami perubahan daripada segi fizikal, pentadbiran dan juga pencapaiannya mulai 1 Jan 2010 berikutan satu kumpulan telah menawarkan untuk pengambilalihannya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim…LAGI…

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat

* Lihat juga blog sebelum ini. CEO Baru Bernama TV.

Sunday, November 15, 2009

JUARA IKON

Petikan kosmo.com.my -15/11/09.

KUALA LUMPUR – Kebijaksanaan dan kepetahan berkomunikasi telah berpihak kepada Aina Suzaily M. Zailanny, 20, untuk bergelar juara Penyampai Ikon pertama RTM.

Menjadi wajah baru ikon RTM, Aina membawa pulang kereta Proton Saga BLM bernilai RM38,000, wang tunai RM6,000, trofi serta sijil pada Malam Anugerah Penyampai Ikon yang bersiaran di TV2 secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya, pukul 8.30 malam tadi…LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

*Lihat jug blog sebelum ini mengenai perkara yang sama.

JUARA PENYAMPAI IKON.

WEB-TV SELANGOR

Petikan thestr.com.my- 14/11/09.
S’gor Web-TV well received
ELAN PERUMAL at the Selangor State Assembly
THE Selangor Web-TV is fast becoming a hit among people both in the state and outside, including foriegners.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the state-owned web-television, which started operations in March, had received overwhelming response from viewers. It had recorded 6.82 million hits until October...LAGI...
>>>>>>>
CATATAN PK
TV Maya yang disiarkan di internet akan mewarnai dunia kewartawanan pada tahun-tahun mendatang.
Media baru ini dari semasa ke semasa akan mengambilalih tugas media konvensional.
* Lihat juga blog sebelum ini mengenai perkara yang sama.

Thursday, November 12, 2009

JUARA PENYAMPAI IKON?

Petikan bharian.com.my/12/11/09

Siapa bakal dinobatkan juara Penyampai Ikon?

MATLAMAT Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk merombak kembali struktur penyiarannya harap dapat dilaksanakan selepas objektif memperkenalkan program realiti intelektual Penyampai Ikon ini diusahakan.

Sejak ia diperkenalkan lagi, program ini dilihat bakal mencetus satu lagi revolusi baru dalam dunia penyiaran tanah air apabila banyak aspek pendedahan sudah diberikan sejak tiga bulan yang lalu kepada 17 peserta yang terpilih mengikuti program ini.

Kini program pencarian bakat di dalam bidang kewartawanan penyiaran yang bermula sejak 12 Ogos lalu bakal berakhir apabila 17 peserta yang menyertainya dulu kini hanya tinggal enam yang bakal berentap ke peringkat akhir …LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Apakah RTM mampu menghasilkan “wartawan penyiaran yang ‘verstail’ dan mampu melakukan pelbagai jenis tugasan yang diberikan” akan hanya dibuktikan selepas penyampai ikon ini menjalankan tugas wartawan dalam dunia realiti kewartawanan sebenarnya.

Percubaan dan pendekatan terbaru RTM ini adalah satu eksperimen yang hanya boleh dilihat hasilnya selepas “penyampai Ikon” ini menghadapi realiti dengan membuat liputan berita setiap hari.

Sekiranya kita perhatikan sebelum ini ramai daripada peserta program realiti sama ada sebagai penyanyi, dramatis dan pelawak kecundang di tengah jalan dalam mengharungi perjuangan kerjaya mereka. Adalah didharapkan golongan ini tidak menerima nasib yang sama.

Dunia kewartawanan penyiaran yang penuh dengan glamour kini adalah lebih mencabar dan diharapkan penyampai ikon tidak tenggelam dengan dunia glamour mereka sebagai penyampai sahaja.

Wednesday, November 11, 2009

IKLAN "POTONG" DIKAJI

Petikan www.bernama.com – 10/11/09.
SKMM Kaji Iklan "Potong"
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan 'potong' secara berulang-kali dalam iklan itu...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat

IKIM fm di MEKAH

Petikan www.bernama.com – 10/11/09.
Ikim.fm Siarkan Rancangan Khas Laporan Ibadah Haji
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Radio Ikim.fm) mulai 1 Nov lepas menyiarkan rancangan khas Laporan Ibadah Haji sehingga tamat musim haji iaitu pada 30 Nov ini.

Program tajaan Celcom (M) Bhd itu memberi peluang kepada para pendengar untuk mengikuti perkembangan semasa ibadah haji dari tanah suci Mekah dan Madinah...LAGI...

>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, November 10, 2009

INFRASTRUKTUR IT

Petikan www.bernama.com – 10/11/09.

Kerajaan Laksana Infrastruktur Komunikasi Negara Yang Canggih – Najib

PUTRAJAYA, 10 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah melaksanakan satu infrastruktur komunikasi negara yang canggih dengan menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan dengan menggunakan serat optik bagi membolehkan mereka disambungkan dengan internet berkelajuan tinggi antara 10 MBPs (megabait sesaat) hingga 1GBPs (gigabait sesaat).

Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan pembukaan di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) di sini Selasa berkata jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan menyediakan rakyat, perniagaan dan agensi kerajaan dengan satu daya tolak yang kompetitif melalui kelebihan komunikasi…LAGI…

>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Sunday, November 8, 2009

50 WARTAWAN TERBUNUH

Petikan daripada h.metro.com.my – 8/11/09

Lebih 50 wartawan terbunuh ketika bertugas sepanjang tahun 2009

NEW DELHI: Seramai 54 wartawan dilaporkan terbunuh ketika menjalankan tugas sepanjang tahun ini dengan bilangan besar daripada mereka di kawasan pergolakan konflik di Pakistan dan Filipina.

Menurut data Persatuan Surat Khabar Dunia (WAN), kebanyakan wartawan menjadi mangsa di negara-negara membangun dan dilanda perang.

"Adalah malang bahawa wartawan yang sanggup bekerja dalam keadaan sukar dibunuh. Tidak ada keselamatan untuk mereka di negara-negara yang tidak mengamalkan demokrasi dan suara mereka sering ditutup...LAGI...

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar Maklumat.

CEO BARU BERNAMA TV

Petikan Utusan Online – 8/11/09

Berhijrah bukan kecewa - Engku Emran

Esok, hari baru buat bekas Ketua Pegawai Operasi, Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 34, apabila beliau dengan rasminya memikul tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) saluran berita, Bernama TV.

Engku Emran saya anggap antara boss stesen penyiaran yang agak popular selepas CEO TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan (TV3).

Bukan sahaja popular kerana beristerikan pelakon Erra Fazira sebaliknya hubungan Engku Emran dengan pihak media juga rapat dalam usaha mencari pengaruh mempopularkan stesen radio itu.

Bagaimanapun sepanjang tiga tahun meneraju Suria FM, Engku Emran tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai ujian dan tohmahan. Pada saat-saat akhir perkhidmatan beliau dengan stesen radio itu, tersebar e-mel layang yang cuba memburukkan kerjayanya…LAGI…

>>>>>>>

CATATAN PK

Dengan pelantikan CEO baru ini, adalah diharapkan Bernama.TV terus berperanan melaksanakan tugas-tugasnya sebagai stesen berita TV tanahair. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan sehingga ia mampu mendapat kepercayaan para penonton.

Untuk rekod, sebagai stesen berita BERNAMA.TV sebelum ini pernah tidak menyiarkan berita Jam 8.00 malam sepertimana yang dijadualkan. Mengikut pengamatan PK, kegagalan penyiaran ini merupakan rekod tersendiri kerana sebelum ini belum pernah ada mana-mana stesen TV tidak menyiarkan siaran beritanya pada waktu yang dijadualkan.

Seingat saya ketika menjaga Bahagian Berita TV3, pada akhir tahun 90an, Berita TV3 terpaksa dihentikan setengah jalan, kerana Studio di mana kami merakamkan Berita Siaran Berita terbakar ketika itu.

Saya yang menonton siaran berita itu dari rumah terkejut mengapa siaran berita dihentikan. Ketika saya menelefon ke Studio, tidak ada siapa yang menjawabnya. Lantas saya ke Studio di Jalan Liku dari Subang Jaya dan barulah mengetahui sebabnya apabila tiba di sana. Pihak Bomba sedang menyiram air ke Studio di mana rakaman Berita dilakukan.

Thursday, November 5, 2009

PROGRAM ETNIK DI RTM

Petikan Bernama.com - 5/11/09

RTM Berusaha Tambah Program Etnik

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kekurangan program serta saluran yang terhad adalah punca tidak banyak rancangan berkaitan etnik minoriti dipaparkan di televisyen, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Katanya kerajaan meminta syarikat-syarikat tempatan menghasilkan lebih banyak program seumpama itu di samping menjalankan proses pendigitalan televisyen...LAGI…

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Monday, November 2, 2009

BERUBAH UNTUK FILEM

Petikan Utusan Online - 1/11/09.
Berubah demi filem negara
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

ISU keterbukaan Lembaga Penapis Filem (LPF) terus menjadi perbualan di kalangan penerbit dan pengarah filem tempatan setelah badan itu bersetuju membuat perubahan demi pembangunan industri tersebut.
Walaupun janji Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam itu tanpa sebarang hitam putih tetapi secara tidak langsung ia memberi sinar baru kepada masa depan perfileman tempatan.
Majlis yang disertai penggiat seni semasa Seminar Penapisan Filem yang diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur baru-baru ini memberi kelegaan kepada penggiat filem yang kebanyakannya mempunyai agenda untuk memartabatkan dunia perfileman tanah air.
Mana tidaknya, penantian 16 tahun untuk menguraikan kekusutan dan salah faham antara penggiat filem dengan LPF hampir berakhir apabila KDN bersetuju untuk memperbaharui garis panduan yang digunapakai badan itu untuk disesuaikan dengan keperluan industri perfileman sekarang
...LAGI..
>>>>>>>
CATATAN PK
Tidak dapat dinafikan Lembaga Penapis Filem(LPF) masih berperanan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Apa yang penting ialah mereka perlu mengemskinikan dan memperbaharui garis panduannya agar ia sesuai digunapakai dalam era globalisasi semasa.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...