Wednesday, March 24, 2010

BAHASA MELAYU DI RADIO

Petikan bharian.com.my- 24/03/10.

Fragmen: Bahasa Melayu di radio dan Wajib Siar yang kelabu
Oleh Zainuri Misfar
Turut menarik perhatian ialah bagaimana juruhebah menggunakan bahasa Melayu dengan betul penuh berdisiplin. Kita berasakan juruhebah dan penyampai radio di Singapura benar-benar menghormati bahasa Melayu.

Ini bukan sekadar sebutan, tetapi tata bahasanya juga tidak tunggang langgang. Malahan mereka tidak sama sekali menggunakan pertuturan bercampur aduk bahasa Melayu dengan Inggeris sungguhpun kita tahu bahasa majoriti penduduk Singapura bertutur bahasa Inggeris.

Ia sangat berbeza dengan penyampaian bahasa Melayu oleh stesen radio kita. Di stesen radio swasta, penyampai atau juruhebahnya memang tidak ada disiplin langsung sehingga penggunaan bahasa Melayu campur Inggeris sebagai perkara biasa.

Mungkin stesen radio kita mengambil pendekatan realiti iaitu macam mana pendengar bertutur dalam bahasa seharian, begitulah yang mereka gunakan dalam konti. Ia tidak bersifat mendidik, memujuk atau menanam satu sifat dalam jiwa pendengar dan orang ramai supaya menggunakan bahasa Melayu dengan teratur, betul dan berdisiplin...LAGI...

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

* Lihat blog sebelum ini mengenai Bahasa Baku di TV3 &

* Pikat Pendengar.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...