Wednesday, March 10, 2010

RADIO RTM PERLU DISEGARKAN

Petikan : bharian.com.my - 10/03/10.
Fragmen: Radio RTM perlu disegarkan semula
Oleh Zainuri Misfar
KETIKA ini kita difahamkan semua stesen radio sedang bertungkus lumus menyajikan persembahan terbaik masing-masing kerana satu kaji selidik untuk mencari radio popular dikalangan pendengar sedang dilakukan.
Pastinya kita menunggu apakah HotFM mampu mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu? Adakah Era mampu merampas semula kedudukan sebagai radio nombor satu? Bolehkan Sinar FM memperbaiki kedudukannya selepas tergelincir di tempat ketiga dalam kaji selidik yang lalu?
Bagaimana pula kedudukan stesen radio RTM, terutama radio peringkat nasional seperti Klasik Nasional, MuzikFM, AiFM, TraxxFM dan Minnal FM serta Asyik FM? Menerusi kaji selidik Nielsen pada Oktober 2009, daripada 10 stesen radio yang menjadi pilihan utama pendengar, empat daripadanya radio di bawah naungan RTM.
Nampaknya, radio RTM perlu menerima hakikat mereka masih ketinggalan. Kalau berdasarkan kajian Nielsen yang lalu, kedudukan terbaik daripada radio RTM ialah daripada radio negeri iaitu di tempat kelima di belakang Hot FM, Era, Sinar FM dan Thr. Bagi radio peringkat nasional, stesen radio Klasik Nasional di tempat kelapan, diikuti dengan Muzik FM (kesembilan)...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...