Friday, July 10, 2009

PIKAT PENDENGAR

Radio 24 mahu pikat pendengar seluruh negara
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
Mula pasang strategi promosi stesen, sasar lebih setengah juta penduduk tahun depan

TANGGAL 3 September ini genaplah dua tahun usia Radio 24 menjalankan operasi mereka. Bertunjangkan sekitar 90 peratus kepada skala program berbentuk berita dan selebihnya hiburan, mungkin ada yang masih belum sedar mengenai kewujudannya.

Tidak hairanlah stesen radio ini sedang giat melaksanakan strategi untuk memastikan hayatnya terus berkembang terutama dalam aspek menarik minat pendengar dan menjalinkan hubungan baik dengan media lain.
Tampil sebagai radio alternatif, stesen radio ini terus tegar untuk menjadi medium terbaik terutama dalam penyebaran berita dan maklumat lengkap isu semasa di seluruh negara.

“Kami sedang giat merencana pelbagai usaha untuk memastikan legasi radio 24 terus dikenali. Begitu juga hubungan dengan media dan apa yang dilakukan ini sebagai usaha untuk mendekati golongan ini di samping menjalinkan silaturahim sesama kitA.

“Tidak sukar untuk mewujudkan situasi menang-menang dengan rakan media kerana selama ini media memang banyak memberi kerjasama. Semuanya terletak kepada kami untuk mengatur langkah dan mewujudkan hubungan dua hala untuk kepentingan bersama,” kata Openg Onn Net selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan Bernama Radio 24 yang ditemui Hip ketika majlis makan malam itu berlangsung
...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK

Sebagaimana saya pernah menyebut sebelum in i, Radio 24 Bernama misalnya – sebagai sebuah agensi komunikasi badan berkanun kerajaan boleh membantu dalam usaha memperkasakan penggunaan Bahasa Malaysia dalam program siaran hariannya. Adalah agak mendukacitakan, Radio 24 masih menggunakan bahasa inggeris bagi memperkenalkan segmen programnya seolah-olah Bahasa Malaysia tidak mempunyai kekuatan sehingga terpaksa menggunakan istilah Bahas Inggeris.

Mungkin, perkara ini dianggap remeh, tetapi jelas roh perjuangan bahasa tidak ada.

Penggunaan Top 5 News, Black Maria, Coffee Break untuk program Bahasa Malaysia menggambarkan bagaimana ”tidak berpiawaiannya’ untuk menggunakan Bahasa Malaysia sehinggan perlu menggunakan Bahasa Inggeris.

No comments: