Thursday, February 19, 2009

INGIN JADI NEWSCASTER - 06


Antara Penyampai Berita terawal di TV3 ialah Razak Abdullah, Fitri Aziz dan Mahadzir Lokman yang turut membaca Berita Bahasa Inggeris. Newcasters berbahasa Inggeris pula ialah Caryn Lim, Nina Halim Rasip, Arwah Azhar Osman – Bekas Setiausaha Akhbar Pak Lah dan Gerald Benedict.

Robert Lam, Patrick Teoh dan Raymond Goh pula adalah Penyampai Berita sambilan.

Razak Abdullah dan Fitri Aziz sebelum melangkah ke TV3 pernah bertugas di RTM di Bahagian Pembangunan sementara Fitri di konti Unit Persembahan sebagai DJ dan penyampai berita radio. Kedua-dua mereka ini yang mempunyai suara penyampai berita yang unik dan terserlah telahpun ku kenali ketika aku bertugas di Bilik Berita Radio.

Mahadzir, Caryn , Nina, Azhar dan Gerald pula adalah penyampai baru yang belum berpengalaman.

Penyampai Berita Tetap gelombang kedua pula terdiri daripada Ezzah Aziz Fauzy, Wan Zaleha Radzi, Christine Ling, Ras Adiba Radzi, Nurfarahin Jamsari, Zalina Azman, Fuad Rahman dan Rosli Dahamin.

Ter Ai Chin, Zubli Zainudin, Rozina Bakar, Ishak Nengah pula adalah di antara penyampai berita sambilan.

Pada zaman itu, menjadi Newscaster mempunyai kegilaannya tersendiri. Setiap individu mahukan popular dan cara terbaik dan terpantas untuk meraih status ini ialah dengan menjadi Newscaster.

Setiap kali TV3 mengiklankan jawatan Penyampai Berita, TV3 menerima berkotak-kotak permohonan. Dan kalau diadakan ujibakat langsung atau Audition Walk-In, Studio TV3 di Jalan Liku, dibanjiri manusia tak tahu mana datangya yang mahu menyertai dunia penyiaran tv swasta baru penuh glamour ini.

Lazimnya, bagi kami di Bahagian Pengurusan, usaha-usaha sebegini kami anggap seperti memancing ikan. Kadang-kadang dapatlah orang yang mahu dicari dan kadang-kadang tidak ada seorangpun yang berjaya melepasi piawaan menjadi Newscaster ini. Ada ketikanaya, aku terpaksa membawa pulang berkotak-kotak permohonan mereka yang ingin menjadi Newscaster ke rumah untuk di pilih di rumah kerana ketiadaan masa di pejabat.

Setelah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditentukan seperti kelayakan, pengalaman dan perawakan, mereka disaring sekali lagi menerusi ujian tulisan, ujian standupper dan ujian membaca. Sekiranya mereka melepasi semua rintangan ini barulah mereka dipanggil untuk temuduga – pun belum pasti mereka akan terpilih.

2 comments:

Hilmy Ashley One L.O.V.E said...

pok leh juga melahirkan penyampai berita baru yg agak nakal di kelas broadcast journalist yg di kendalikan oleh pok leh sendiri.. iaitu Hilmy Ashley...dimana pelajarnya sering terlambat kelas yg diajar pok leh kerana bekerja sambilan sebagai Pembaca berita Tv Pendidikan..walaupun terlambat masuk kelas tetapi tetap akan belajar seperti biasa kerana tahu tentang keistimewaan dan pengalaman yg luar biasa pok leh dalam berkongsi maklumat sebagai wartawan dan pembaca berita...

Unknown said...

Mahu Menjadi Pengacara dan Penyampai Berita Penyiaran TV?

Sila email profil dan foto ke djmansor@gmail.com

16 Feb 2014, Jumpa di Studio Carlton Holiday Hotel, Sec 13 Shah Alam.

- Dj Mansor 0196622585

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...