Monday, April 23, 2012

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH BEKAS PENGURUS BERITA & EHWAL SEMASA TV3 - HJ. SUBOHI YATIM

Petikan FB Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka - Dr. Awang Sariyan:
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Dalam Berita Harian hari ini, 23 April 2012, tersiar berita kepulangan Bekas Pengurus Berita TV3, En. Subohi Mohd. Yatim ke rahmatullah. Saya tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan almarhum tetapi mempunyai penghargaan yang tinggi kepadanya kerana pada waktu beliau menjadi Pengurus Berita TV3 itulah (1980-an hingga 1990-an) Almarhum Pak Asraf, Prof. Nik Safiah Karim dan saya diundang sebagai perunding bahasa TV3. Salah satu amanah yang diberikannya ialah melatih penyampai berita TV3 menggunakan sebutan baku yang pada waktu itu mula dilaksanakan di sekolah bermula pada tahun 1987). Maka berkesempatanlah kami berinteraksi dalam siri kursus sebutan baku dengan angkatan awal penyiar TV3 seperti Dato' Mahathir Lokman, Datin Habibah, Fuzanne, Christine Ling, Zainal Arifin Ismail, Abdul Razak Ahmad dan kemudian dengan penyiar-penyiar angkatan seterusnya. TV3 tetap diingat sebagai pelopor penggunaan sebutan baku dalam media penyiaran walaupun sejak sebutan baku dimansuhkan pada tahun 2000 oleh Jemaah Menteri, TV3 tidak mengamalkan sebutan baku sepenuhnya lagi. Al-Fatihah.
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK 
Sekadar maklumat.
* Ikuti blog sebelum ini mengenai : Bahasa Baku di TV3

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...