Monday, June 7, 2010

LAWATAN KE US BERSAMA TV3

Antara usaha untuk memperbaikki prestasi serta menambah pengetahuan dan pengalaman kakitangannya, TV3 menganjurkan lawatan sambil belajar dengan menghantar kakitangan Bilik Berita ke San Francisco, USA. Program yang dijalankan pada tahun 1989 itu dilaksanakan dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Mereka yang terbabit dalam program lawatan sambil belajar ini terdiri daripada Penyampai Berita, Penerbit dan Pengurusan Kanan Bahagian Berita.
Kami dihantar secara berkumpulan menggabungkan penyertaan seorang Penerbit, seorang Penyampai Berita & seorang Pegawai Kanan.
Saya turut berpeluang mengikuti program ini dan merupakan kumpulan terakhir ke San Francisco. Saya berpasangan dengan Azhar Osman – seorang penyampai berita ketika itu. Azhar telahpun kembali ke Rahmatullah dan jawatan terakhirnya ialah Setiausaha Akhbar kepada PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketika di San Francisco saya dan Azhar di bawa berkunjung dan melihat budaya kerja kakitangan beberapa stesen TV di Bay Area, San Francisco dan lawatan ini dianjurselia oleh Malaysian American Commission on Education Exchanges(MACEE).
Pada lawatan itu kami dibawa ke beberapa stesen TV di Bay Area khusunya ke stesen wakil(Affiliate) untuk rangkaian ABC, NBC serta CBS. Program selama seminggu itu membawa kami ke stesen- stesen ternama di Bay Area.
Kebanyakan lawatan tertumpu kepada pengendalian operasi Bilik Berita di stesen TV yang dilawati dan kami turut diberi peluang untuk menyaksikan operasi Bilik Berita daripada liputan wartawan di lapangan, menyertai mesyuarat editorial harian, penyuntingan dan rakaman siaran beritanya sekali. Ia memberi kami gambaran terbaik untuk dilaksanakan ketika kembali melaksanakan operasi di Bilik Berita TV3 ketika kembali ke tanahair.
Di samping melawat Bahagian Berita kami juga turut dijemput memberi ceramah di Department of Broadcast and Electronic Communication Arts, di San Francisco State University oleh Prof. John Hewitt. Prof. John Hewitt jug adalah pengarang dua buku kewartawanan penyiaran iaitu “Air Words: Writing for Broadcast News" dan "Sequences: Strategies for Shooting News in the Real World."
Di dalam sesi soal jawab bersama pelajar universiti itu kami bertukar-tukar fikiran mengenai pelbagai isu seperti kebebasan akhbar, masalah penyiaran di Dunia Ketiga serta saingan media cetak dan elektronik.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...