Saturday, May 24, 2008

MASUK ITM - ITM-03


Khir Abdul Rahman @ Jin Kapiak serta Black dan Jumaat Elias Engson kini bergelar Datuk adalah antara insan yang banyak mempengaruhi aku untuk menjejakkan kaki ke ITM. Ketika Jin Kapiak menjalani latihan praktikalnya di Bilik Berita Radio KL, seorang lagi wartawan RTM Sabah, Jumaat Alias Engson dihantar ke Bilik Berita Radio KL untuk menimba pengalaman di Semenanjung. Secara kebetulan Jumaat juga turut berhasrat ke ITM dan kehadirannya di Kuala Lumpur digunakan untuk meninjau tempat ke ITM. Ditakdirkan kami berdua diterima masuk ke ITM berserta seorang lagi pemberita RTM, Sabah, Bujang Abu Bakar.
Namun berbeza dengan aku, Jumaat dan Bujang bercuti sambil belajar ketika di ITM sedangkan aku berhenti dari RTM. Aku tinggal di hostel rumah terrace, sementara Alias dan Bujang menyewa rumah di Shah Alam. Setelah meninggalkan ITM, Alias meneruskan kerjayanya di RTM sehinggalah menjawat Pengarah RTM-Sabah sehingga sekarang. Bujang pula ialah seorang usahawan. Kawan-kawan lain dalam kelas 1975-1978-Kewartawanan - Dewani Abas, Berita Harian, Singapore, Zaharah Osman-lebih popular dengan blognya Kak Teh Blogspot.com, Nuraina Samad anak Pak Samad - Bapa Wartawan Negara yang juga popular dengan blog 3540, Jalan Sudin, Hanif Hadi bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Yunus Salleh bertugas di Petronas yang juga abang kepada Prof. Madya Alias Salleh,UITM, Md. Bahadon, Munirah, Fizi, Shah, Adib dan Fatimah Abu Bakar, guru Akademi Fantasia terbitan Astro. Anak-anak Fatimah, Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha and Sharifah Aryana kini mengikuti jejak ibunya menjadi anak seni yang mewarnai perkembangan filem negara. Masih teringat lagi kegigihan Fatimah berulang alik dari kampus ITM ke KL untuk mengasah bakat dalam bidang lakonan di bawah bimbingan Arwah Mustafa Noor, Shuhaimi Baba, & Maznah Nordin.

1 comment:

Unknown said...

Assalam Leh, Catatan Penyepak Kertas membawa kenangan lama apa lagi ketika kita kini berada di hujung waktu. Mungkin boleh memuat kenangan setiap teman. Kemudian dibukukan - a nostalgic piece from all of us in journalism? Kita kongsilah mencetaknya. Think about it bro before we go. Salam ri ndu buat kalian gitu juga dengan class of 75-78.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...