
Ketika itu tidak timbul “berminat”, "berhasrat” atau "bercita-cita" melanjutkan pelajaran ke menara gading. Macam mana nak minat - kerana peluang memang tidak ada bagi golongan yang banyak bermain daripada belajar. Ketika itu, aku pasrah menjadi wartawan di Bilik Berita Radio, Angkasapuri sebagai wartawan pelatih dengan gaji RM190 sebulan. Gaji bulanan walaupun sedikit, tapi cukup bagiku menyewa bilik kecil dengan kos RM50 sebulan, ongkos makanan serta masih mampu menghantar sedikit wang ke kampung.
Ketika mula selesa bekerja di RTM sebagai Cadet Reporter, kami didatangi 3 pelajar praktikal School of Masscomm, ITM. Mereka ialah dari Batch 1974-1977 iaitu Mohd Akhir Rahman (Jin Kapiak), Faridah Hitam (Black) & Tengku . Jin Kapiak kini bertugas di Labuan, Faridah Hitam dengarnya dah pencen Utusan, sementara Tengku berjiwa rakyat yang mulut celupar- tapi baik hati – entah tak tahu ke mana dan di mana. Ketika di Bilik Berita Radio, mereka bertiga menjalankan tugas sebagai wartawan praktikal. Peringkat awalnya akulah Sifu buda-budak ini. Selepas mengenali mereka barulah aku tahu, selepas menerima diploma, pelatih ITM ini menerima gaji RM560 sebulan - hampir tiga kali ganda dengan angka gaji aku. Masa itulah berdetik di hati kecil ini untuk megikuti jejak mereka. Kalau aku boleh mengajar budak tiga ekor ni buat reporting, takkan aku sendiri tak boleh belajar.
Tapi, di benak kepala masih lagi berserabut... bagaimana nak cari duit untuk menampung keperluan ketika belajar. Betullah ITM tu belajar free, tapi duit bulanan sape nak tanggung. Takkan nak mintak Mak Bapak lagi, sedangkan masa ni, walaupun gaji RM190 ada juga disumbangkan kepada mereka. Ini nak berhenti kerja.... nak belajar lagi..... kepala ini terus berserabut....
No comments:
Post a Comment