Friday, November 19, 2010

Kakitangan Baru TV Al-Hijrah

Televisyen terbaru, TV Alhijrah yang menyediakan pelbagai program bercirikan Islam akan memulakan siarannya secara rasmi pada 1 Disember ini. Stesen yang menelan belanja RM60 juta dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation, syarikat yang diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut laporan, TV Alhijrah merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang menawarkan program-program televisyen berdasarkan perspektif Islam yang menyasarkan golongan belia beragama Islam sebagai penonton utamanya. Saluran televisyen percuma itu juga adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah stesen televisyen yang mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada orang bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat agama itu.

Kakitangan muda dan berbakat telahpun dipilih dan bakal menerajui Bahagian Berita stesen itu. Para penonton pastinya, tertunggu-tunggu apakah format liputan berita yang akan digunapakai oleh stesen TV berteras Islam ini.

Lihat juga liputan berikut yag dipetik daripada utusan online bertarikh 19/11/2010 bertajuk i MEREKA PERINTIS HIJRAH iaitu liputan mengenai Kakitangan Bahagian Berita TV Al-Hijrah.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...