Sunday, June 30, 2013

Reunion XTV3 2013



Setinggi penghargaan kepada Jefri Adnan, Anwardi Jamil, Lazam Maidin dan rakan-rakan lain yang bertungkus lumus memastikan kejayaan Perjumpaan Bekas Pekerja-Pekerja TV3 2013. Melalui hubungan media sosial terkini facebook, serta hubungan konvensional  lain, 59 Bekas Kakitangan TV3 serta mereka yang masih di TV3 seperti Sdr. Azhari & Nurfarahin Jamsari turut memeriahkan suasana yang berlangsung penuh santai dan ceria di Zam Zam Restoran & Satay Club di Bandar Utama pada 29 Jun 2013.
Bekas Pengerusi STMB, Tan Sri Mohd Desa Pachi adalah antara kenamaan yang turut memeriahkan majlis penuh nostalgia ini. Seperti mana lazimya pertemuan seperti ini memberi peluang kepada mereka yang menyertainya untuk bertukar-tukar cerita kerana sudah termaklum tidak berjumpa sekian lama. Beberapa rakan turut  dipanggil untuk melontarkan cerita nostalgia masing-masing ketika berada di TV3. Pertemuan seperti ini  sewajarnya perlu dilaksanakan dari semasa kesemasa. Kerana kalau tidak pertemuan tidak rasmi seperti ini mengikut pengalaman lalu hanya terjadi apabila salah seorang daripada ahli-ahli meninggal dunia.
Idea perjumpaan seperti ini lebih wajar diformalisekan dengan penubuhan Persatuan mahupun Koperasi. Pada pertemuan 8 Mac 2003, saya bersama rakan-rakan AJK Penaja menggerakkan pertemuan seperti ini di Kelab Darul Ehsan Ampang Jaya dan pertemuan itu menghasilkan Persatuan Bekas warga Kerja TV3 dan saya selaku Pengerusi Penajanya, Wan Maharuddin -Timbalan Pengerusi, Borhan Ahmad-Setiausaha, Arwah Nasir Ismail-Penolong Setiausaha serta Halim Majid dan beberapa teman lain menjadi AJKnya. Kumpulan ini menubuhkan Persatuan sehingga  ke peringkat pendaftaran di  ROS. Malang sekali selepas itu, apabila mesyuarat diadakan AJKnya tidak hadir kerana kesebokan masing-masing.  
Sepertimana lontaran pandangan saya semalam -  saya mengharapkan kumpulan baru yang diterokai Jefri Adnan, Anwardi Jamil, Lazam Maidin  & rakan-rakan lain dapat  menyambung perjuangan yang terputus di tengah jalan itu. Pada masa ini ia mungkin lebih praktikal diwujudkan kerana di samping ramai lagi tenaga muda yang mampu melaksanakannya ditambah dengan kemudahan hubungan komunikasi media baru yang ada seperti FB, What's App, Twitter & Instagram. Kami yang terdiri daripada kalangan SENJA akan terus menyokong usaha-usaha murni  untuk menjayakan perkara yang baik untuk kepentingan ahli-ahli XTV3 nanti. Insyallah.
Nota : Foto Ehsan Nik Ramzi, Anwardi & Lazam.

No comments: