Apabila Zakir seorang jurukamera yang pernah sama-sama bertugas di TV3 berhasrat menyewa salah sebuah pejabatku di Desa Aman Puri, Kepong aku terpikir untuk memulakan usaha baru bersamanya.
Oleh kerana dia mempunyai kamera, aku cadangkan kepadanya untuk membuat projek bersama. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membuat satu kertas-kerja cadangan untuk menubuhkan sebuah stesen webtv khusus untuk UMNO Malaysia.
Oleh kerana kami tidak mempunyai hubungan dengan pihak atasan UMNO, kami meminta bantuan Yayasan Kajian Pengajian Melay, YKSM menerusi Pengarahnya Datuk Radzi Latiff mencadangkan penubuhan webtv itu.
Bagi memastikan cadangan ini menjadi realiti , kami berbincang dengan satu pihak lain untuk menyediakan pembangunan laman web itu.
Dengan bantuan Azhar Osman, Setiausaha Akhbar beliau yang juga bekas kakitanganku di TV3, cadangan kami ini di bawa kepada pengetahuan Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kemudiannya bersedia mendengar cadangan ini.
Kami ke Bangunan UMNO di PWTC di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia mendengar taklimat mengenai webtv UMNO. Beliau begitu ghairah dengan cadangan ini dan lantas mencadangkan perasmian webtv UMNO ini dilakukan diMalaysia Hall London seminggu selepas itu
Aku, Zakir, Datuk Radzi Latiff terbang ke London untuk melancarkan prototype UMNOtv secara rasmi. Ketika membuat persediaan itu pihak Kedutaan khususnya di Malaysia Hall tidak memberi bantuan sebagaimana yang diharapkan. Terpaksalah kami sendiri dengan bantuan pelajar-pelajar yang secara kebetulan menganggotai Kelab UMNO London membantu persediaan untuk pelancaran wbtv itu.
Sekembalinya ke Malaysia selepas berada di London, pihak ketiga yang bertanggungjwab membangunkan laman web itu meminta RM500,000 ribu untuk meneruskan projek yang sudah diberi lampu hijau oleh presiden UMNO sendiri. Oleh kerana kami tidak mempunyai modal, bagaimana nak membayar pembiyaan itu sedangkan projek baru bermula.
Nasib baik ada pihak lain yang bersedia membantu membangunkan laman web itu. Setibanya di Kuala Lumpur, aku dipertanggungjawabkan untuk memberi taklimat kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO, MT mengenai penubuhan UMNOtv itu. Oleh kerana Presiden UMNO telahpun melancarkannya di London, tiada siapa yang bertanya mengenai viability projek itu atau tidak. Semuanya mengalu-alukan kehadiran UMNOtv yang buat pertama kalinya menemui ahli-ahli UMNO di seluruh dunia menerusi alam maya dengan pendekatan penggunaan video.
Oleh kerana telah diberi lampu hijau untuk membangunkan umnotv.com selepas pelancarananya di London, aku mula mengambil kakitangan untuk mengendalikan operasi editorial dan teknikal laman webtv itu. Dengan sokonganYayasan Kajian Strategik Melayu, YKSM menerusi Presidennya , Datuk Radzi Latiff, kakitangan Editorial, IT dan Teknikal memulakan tugas masing-masing. Aku juga mengumpulkan stringer yang ku kenali ketika berurusan di TV3 dahulu untuk membantu membuat liputan apa juga kegiatan UMNO di seluruh negara.
Buat permulaannya Datuk Radzi Latiff membiyai urusan operasi kewangan termasuk menubuhkan Pejabat Operasi Editorial di Desa Aman Puri, di Kepong Selangor.
Apabila kakitangan tetap mula diambil, maka terpaksalah aku menggunakan kewangan sendiri sekiranya diperlukan untuk menampung pembiyaan Datuk Radzi yang tidak menentu. Alasan yang diberikan ialah takkan projek yang membabitkan Presiden UMNO tidak akan membayar tuntutan bayaran yang aku buat kemudian. Atas hakikat ini, aku menggunakan kad kredit untuk memenuhi apa juga keperluan operasi UMNOtv.
Oleh kerana beban kerja semakin bertambah, dan pembiyaan operasinya tidak menentu, aku meminta YKSM memperuntukkan kos bulanan operasi untuk melaksanakan projek UMNO tv itu. Sebelum ini dilaksanakan aku masih terpaksa mengorbanakan kad kredit untuk membiyaai operasi keseluruhan UMNOtv.com itu.
Maka barulah operasinya berjalan dengan lancar. Namun dalam keadaan sedemikian, aku merasa kurang selesa melihat perkara ini mungkin akan terjejas kerana pembiyaan bulanan YKSM ini mungkin tidak menentu pada masa akan datang.
Aku memerlukan satu komitmen sewajarnya bagi memastikan kelangsungan operasi UMNOtv.
Oleh kerana UMNOtv sukar mendapatkan pembiyaan tajaan kerana ia berbentuk webtv sebuah organisasi parti politik, aku mencadangkan penubuhan sebuah lagi laman webtv yang mampu menerima tajaan yang kemudiannya boleh membiyaai kos operasi UMNOtv.
Setelah memkirikan beberapa waktu, aku menghasilkan satu kertas kerja dan meminta webmaster UMNOtv. Sdr. Rizan untuk membuat prototypenya – maka lahirlah sebuah lagi webtsite www.malaysiaview.tv.
No comments:
Post a Comment