Tuesday, August 31, 2010

KERJASAMA NATIONAL GEOGRAPHIC CHANNEL

Petikan bernma.com - 30/08/10.
KERJASAMA DENGAN NATIONAL GEOGRAPHIC CHANNEL UNTUK TINGKAT KUALITI DOKUMENTARI
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan meningkatkan kerjasama dengan National Geographic Channel dalam usahanya menghasilkan penerbitan dokumentari berkualiti, kata menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, August 28, 2010

INDUSTRI KREATIF SUMBANG RM6 BILION

Petikan utusan online - 27/08/10.
Industri kreatif sumbang RM6 bilion
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
PELBAGAI galakan, insentif, pinjaman dan dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada para penggiat bidang seni di negara ini sedikit sebanyak berjaya membuahkan hasil.
Industri seni kreatif yang meliputi penerbitan filem, drama televisyen, animasi, seni reka, kandungan digital, muzik, persembahan dan visual misalnya, telah menyumbang kepada ekonomi negara...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekada maklumat.

DOKUMENTARI TUN RAZAK

Petikan utusan online - 27/08/2010
Dokumentari Tun Abdul Razak
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
APABILA memperkatakan mengenai penerbitan dokumentari di negara ini, percayalah, pasti akan ada yang memiliki tanggapan skeptikal mengenainya.
Bukan mahu memperkecil-kecilkan mana-mana pihak tetapi apabila ditonton kembali dokumentari yang diterbitkan, sebahagian besarnya memiliki pendekatan yang sama sehingga mampu menimbulkan rasa bosan...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Friday, August 27, 2010

Penubuhan www.umnotv.com - UMNOTV

Apabila Zakir seorang jurukamera yang pernah sama-sama bertugas di TV3 berhasrat menyewa salah sebuah pejabatku di Desa Aman Puri, Kepong aku terpikir untuk memulakan usaha baru bersamanya.
Oleh kerana dia mempunyai kamera, aku cadangkan kepadanya untuk membuat projek bersama. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membuat satu kertas-kerja cadangan untuk menubuhkan sebuah stesen webtv khusus untuk UMNO Malaysia.
Oleh kerana kami tidak mempunyai hubungan dengan pihak atasan UMNO, kami meminta bantuan Yayasan Kajian Pengajian Melay, YKSM menerusi Pengarahnya Datuk Radzi Latiff mencadangkan penubuhan webtv itu.
Bagi memastikan cadangan ini menjadi realiti , kami berbincang dengan satu pihak lain untuk menyediakan pembangunan laman web itu.
Dengan bantuan Azhar Osman, Setiausaha Akhbar beliau yang juga bekas kakitanganku di TV3, cadangan kami ini di bawa kepada pengetahuan Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kemudiannya bersedia mendengar cadangan ini.
Kami ke Bangunan UMNO di PWTC di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia mendengar taklimat mengenai webtv UMNO. Beliau begitu ghairah dengan cadangan ini dan lantas mencadangkan perasmian webtv UMNO ini dilakukan diMalaysia Hall London seminggu selepas itu
Aku, Zakir, Datuk Radzi Latiff terbang ke London untuk melancarkan prototype UMNOtv secara rasmi. Ketika membuat persediaan itu pihak Kedutaan khususnya di Malaysia Hall tidak memberi bantuan sebagaimana yang diharapkan. Terpaksalah kami sendiri dengan bantuan pelajar-pelajar yang secara kebetulan menganggotai Kelab UMNO London membantu persediaan untuk pelancaran wbtv itu.
Sekembalinya ke Malaysia selepas berada di London, pihak ketiga yang bertanggungjwab membangunkan laman web itu meminta RM500,000 ribu untuk meneruskan projek yang sudah diberi lampu hijau oleh presiden UMNO sendiri. Oleh kerana kami tidak mempunyai modal, bagaimana nak membayar pembiyaan itu sedangkan projek baru bermula.
Nasib baik ada pihak lain yang bersedia membantu membangunkan laman web itu. Setibanya di Kuala Lumpur, aku dipertanggungjawabkan untuk memberi taklimat kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO, MT mengenai penubuhan UMNOtv itu. Oleh kerana Presiden UMNO telahpun melancarkannya di London, tiada siapa yang bertanya mengenai viability projek itu atau tidak. Semuanya mengalu-alukan kehadiran UMNOtv yang buat pertama kalinya menemui ahli-ahli UMNO di seluruh dunia menerusi alam maya dengan pendekatan penggunaan video.
Oleh kerana telah diberi lampu hijau untuk membangunkan umnotv.com selepas pelancarananya di London, aku mula mengambil kakitangan untuk mengendalikan operasi editorial dan teknikal laman webtv itu. Dengan sokonganYayasan Kajian Strategik Melayu, YKSM menerusi Presidennya , Datuk Radzi Latiff, kakitangan Editorial, IT dan Teknikal memulakan tugas masing-masing. Aku juga mengumpulkan stringer yang ku kenali ketika berurusan di TV3 dahulu untuk membantu membuat liputan apa juga kegiatan UMNO di seluruh negara.
Buat permulaannya Datuk Radzi Latiff membiyai urusan operasi kewangan termasuk menubuhkan Pejabat Operasi Editorial di Desa Aman Puri, di Kepong Selangor.
Apabila kakitangan tetap mula diambil, maka terpaksalah aku menggunakan kewangan sendiri sekiranya diperlukan untuk menampung pembiyaan Datuk Radzi yang tidak menentu. Alasan yang diberikan ialah takkan projek yang membabitkan Presiden UMNO tidak akan membayar tuntutan bayaran yang aku buat kemudian. Atas hakikat ini, aku menggunakan kad kredit untuk memenuhi apa juga keperluan operasi UMNOtv.
Oleh kerana beban kerja semakin bertambah, dan pembiyaan operasinya tidak menentu, aku meminta YKSM memperuntukkan kos bulanan operasi untuk melaksanakan projek UMNO tv itu. Sebelum ini dilaksanakan aku masih terpaksa mengorbanakan kad kredit untuk membiyaai operasi keseluruhan UMNOtv.com itu.
Maka barulah operasinya berjalan dengan lancar. Namun dalam keadaan sedemikian, aku merasa kurang selesa melihat perkara ini mungkin akan terjejas kerana pembiyaan bulanan YKSM ini mungkin tidak menentu pada masa akan datang.
Aku memerlukan satu komitmen sewajarnya bagi memastikan kelangsungan operasi UMNOtv.
Oleh kerana UMNOtv sukar mendapatkan pembiyaan tajaan kerana ia berbentuk webtv sebuah organisasi parti politik, aku mencadangkan penubuhan sebuah lagi laman webtv yang mampu menerima tajaan yang kemudiannya boleh membiyaai kos operasi UMNOtv.
Setelah memkirikan beberapa waktu, aku menghasilkan satu kertas kerja dan meminta webmaster UMNOtv. Sdr. Rizan untuk membuat prototypenya – maka lahirlah sebuah lagi webtsite www.malaysiaview.tv.


Thursday, August 26, 2010

RADIO DAY TO CELEBRATE GROWTH OF INDUSTRY

Petikan-btimes.com.my-26/08/2010.
Radio Day to celebrate growth of industry
By Presenna Nambiar
COME September 9, the entire radio fraternity will come together to celebrate Radio Day, a day to set aside their intense competition and celebrate the growth of the industry.
According to Media Prima radio networks general manager Seelan Paul, there is much to celebrate too, with radio becoming a force to be reckoned with to advertisers and media buyers alike...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, August 21, 2010

HOS RADIO 98.8 TIDAK DIBENAR KE UDARA

Petikan bernama.com 20/08/10
Star RFM Siasat DJ Tidak Dibenarkan Ke Udara
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Star RFM Sdn Bhd berkata syarikat itu sedang menyiasat hos radio 98.8 Jamaluddin Hassan yang tidak dibenarkan ke udara, menurut pengerusinya Datin Linda Ngiam.
Beliau berkata siasatan itu juga meliputi bagaimana perkara tersebut dikendalikan oleh kakitangan yang bertanggungjawab terhadap 988...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadr maklumat.

Friday, August 20, 2010

PERMIT THE ROCKET DISAMBUNG

Petikan utusan online 20/08/10
Permit The Rocket disambung
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan permit penerbitan akhbar The Rocket bagi versi bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Tamil...LAGI...
>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

MEDIA PRIME TO TIE UP

Petikan thestaronline - 20/08/10
Media Prima to focus on tie-ups
By YVONNE TAN
yvonne@thestar.com.my
Partnerships with foreign media firms part of growth strategy
PETALING JAYA: Media Prima Bhd will focus on tie-ups with foreign media companies as part of its overall growth strategy, its chief said.
Group managing director Datuk Amrin Awaluddin said that as a step towards this, the company had recently formed a partnership with Indonesia’s Surya Citra Televisi, for joint content production and sharing of artistes...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Wednesday, August 18, 2010

DOKUMENTARI DARURAT

Petikan utusan online- 17/08/10

Dokumentari kisah darurat

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

shazryn.faizal@utusan.com.my

TAHUN ini menyaksikan negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53. Sepanjang tempoh itu jugalah, sudah terlalu banyak transformasi yang kita lalui sehingga mencapai apa yang sedang kita nikmati hari ini.

Mungkin kepada generasi muda hari ini, mereka kurang mengambil tahu kepayahan dan kesukaran yang perlu ditempuhi oleh negarawan dan tokoh terbilang negara untuk membebaskan negara daripada penjajah…LAGI…

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Sunday, August 15, 2010

PENCERAH TAMADUN MALAYSIA

Petikan www.utusan.com.my - 15/08/10.
Pencerah tamadun Malaysia
MINGGUAN: Pada pandangan Datuk Seri, masih adakah golongan terutama penduduk luar bandar yang belum faham tentang konsep jalur lebar?
RAIS: Masih ada yang belum faham. Sebahagian penduduk luar bandar belum berjinak-jinak dengan istilah jalur lebar. Malah ada sebahagian mereka masih tertanya-tanya tentang faedah, pengertian dan implikasinya. Kepada mereka, kita boleh membuat seruan yang jelas melalui televisyen, radio dan akhbar. Kita harus jelaskan jalur lebar sebagai elemen tamadun yang mengubah cara hidup dengan menyediakan komunikasi pantas dan ilmu..LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, August 14, 2010

60% DISTRUST MAINSTREAM MEDIA.

Petikan Malaysian Insider – 14/08/10
Some 60pc distrust mainstream media, poll shows
By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Aug 14 — Six out of 10 Malaysians don’t trust the mainstream media while only one out of five has access to online news, according to a synopsis of a recent survey here…MORE…
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Friday, August 13, 2010

IBN BATUTTA DI TV 2

Petikan utusan online - 13/08/10
Animasi Ibn Batutta di TV2
ANIMASI Ibn Batutta diterbitkan khusus untuk tontonan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini.
BARANGKALI tidak banyak stesen televisyen yang terfikir untuk menerbitkan program yang khusus kepada golongan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini.
Bertitik tolak daripada kesedaran itu, RTM mengambil inisiatif menghasilkan karya yang disasarkan kepada golongan cilik...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA

Selamat menjalankan ibadah puasa kepada umat Islam di seluruh dunia.

Tuesday, August 3, 2010

4 AKTA KAWAL MAKLUMAT LAMAN WEB

Petikan www.bernama.com – 3/08/10
Dewan Negara: Empat Akta Kawal Maklumat Berangkai Dalam Laman Web
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara dimaklumkan kesemua jenis kandungan berangkai termasuk kandungan laman web di internet adalah tertakluk kepada empat akta yang telah digubal di negara ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata undang-undang berkenaan adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM)...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...