Friday, April 2, 2010

Al-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI

Alfatihah Buat din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri.

Allahyarham adalah antara penyiar yang kreatif yang mempunyai ramai peminat kerana lawaknya yang bersahaja dan mencuit hati.

Allahyarham adalah di antara pelawak yang berkemampuan melontarkan isu-isu yang sensitif tetapi tidak melukai hati seseorang.

Aku sendiri adalah antara peminat setia yang mengikuti rancangannya di sebelah pagi bersama Aznil Haji Nawawi ketika dalam perjalanan ke pejabat. Kini kita akan merinduinya dan hanya tinggal kenangan manis buat mereka yang mengikuti perkembangan kerjaya Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat Allahyarham. Alfatihah.

**Lihat juga rencana :Bunga Pagi Din Beramboi di Kosmo Online.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...