Petikan bharian.com.my - 10/02/10
Fragmen: Agihan slot RTM: Antara 500 dan enam jam setahun
Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my
PENERBITAN drama dan telefilem kepada RTM secara swasta diperkenalkan oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika beliau menjadi Menteri Penerangan kira-kira 25 tahun lalu.
Dalam tempoh suku dekad itu, bermacam-macam polisi, kaedah dan sistem diperkenalkan oleh kementerian untuk membekalkan program penerbitan kepada RTM. Tapi rasanya, tiada satu yang kekal, mantap dan benar-benar berkesan. Sistem itu banyak yang berubah-ubah.
Jadi, kini selepas 25 tahun dan kebetulan Dr Rais pula kembali berada di kementerian ini, memang sudah tiba masanya untuk beliau melihat sendiri pada tahap program penswastaan yang diperkenalkannya itu.
Petikan:
”Bayangkan betapa bezanya syarikat yang diberi kontrak 500 jam tanpa melalui proses atau birokrasi berbanding dengan banyak syarikat yang terpaksa mengharungi pelbagai kerenah kerajaan dan akhirnya hanya diberikan kontrak penerbitan untuk lima jam setahun!
Tidak hairanlah ramai penerbit yang kita temui mengeluh panjang. Mereka sudah hilang punca. Punca pendapatan untuk diri sendiri dan juga kakitangan syarikatnya. Mereka tidak tahu kepada siapa lagi hendak mengadukan perkara ini. ”...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
* Sekadar maklumat.
* Lihat juga blog sebelum ini : Jangan Dera Penerbit.
No comments:
Post a Comment