Sunday, June 30, 2013
Reunion XTV3 2013
Monday, April 23, 2012
KEMBALINYA KE RAHMATULLAH BEKAS PENGURUS BERITA & EHWAL SEMASA TV3 - HJ. SUBOHI YATIM
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Dalam Berita Harian hari ini, 23 April 2012, tersiar berita kepulangan Bekas Pengurus Berita TV3, En. Subohi Mohd. Yatim ke rahmatullah. Saya tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan almarhum tetapi mempunyai penghargaan yang tinggi kepadanya kerana pada waktu beliau menjadi Pengurus Berita TV3 itulah (1980-an hingga 1990-an) Almarhum Pak Asraf, Prof. Nik Safiah Karim dan saya diundang sebagai perunding bahasa TV3. Salah satu amanah yang diberikannya ialah melatih penyampai berita TV3 menggunakan sebutan baku yang pada waktu itu mula dilaksanakan di sekolah bermula pada tahun 1987). Maka berkesempatanlah kami berinteraksi dalam siri kursus sebutan baku dengan angkatan awal penyiar TV3 seperti Dato' Mahathir Lokman, Datin Habibah, Fuzanne, Christine Ling, Zainal Arifin Ismail, Abdul Razak Ahmad dan kemudian dengan penyiar-penyiar angkatan seterusnya. TV3 tetap diingat sebagai pelopor penggunaan sebutan baku dalam media penyiaran walaupun sejak sebutan baku dimansuhkan pada tahun 2000 oleh Jemaah Menteri, TV3 tidak mengamalkan sebutan baku sepenuhnya lagi. Al-Fatihah.
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.
* Ikuti blog sebelum ini mengenai : Bahasa Baku di TV3
Sunday, June 12, 2011
MELATIH WARTAWAN TV3 -Ep 02



Thursday, June 17, 2010
MELATIH WARTAWAN TV3

Untuk itu aku meminta Fara memenuhi dua keperluan sebelum bersetuju mengendalikan kursus itu. Pertamanya kursus perlu dibuat pada hari Sabtu, bila aku berkelapangan dan keduanya, para pesertanya perlu trerdiri daripada gabungan wartawan dan juga penerbit.
Aku meminta sedemikian kerana selama aku dijemput mengendalikan pelbagai kursus kewartawanan penyiaran, lazimnya Aku diminta melatih para wartawan sahaja. Bila ini berlaku, bila mereka yang terlatih kembali ke tempat kerja masing-masing, pengetahuan yang diperolehi tidak boleh dipraktikkan kerana bos-bos mereka sendiri secara kebetulan tidak menghadiri kursus yang sama.
Antara mereka yang mengikuti kursus selama 15 jam itu ialah itu Siti Zainah Juahir (Producer) – Ole-ole Chef Wan, Kalijahwati (Producer) – Bersamamu, Mohd Naim Niamat (Producer) – Misteri, Siti Hajar Abdullah (Producer) – Wanita Hari Ini, Wan Farid Wan Mohamad (Producer) – Islamic Content, Muhammad Husni Mahat (BJ) –Misteri, Kamal Zakry Zainal (BJ) – Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain (BJ) – Majalah 3, Johari Abu Bakar (BJ) – 999 dan Mohd Fareed Shariff (BJ) – MHI.
Kursus itu dijalankan selama lima minggu dengan peruntukan masa 3 jam seminggu.
Kandungan kursus yang berasaskan refresher course ini berkisar kepada pelbagai aspek penerbitan seperti penulisan skrip, tatabahasa penggambaran, penyuntingan, stail television, membuat stand-upper, suara latar serta teknik wawancara untuk berita serta program bualbicara.
Pendedahan dalam dunia kewartawanan penyiaran perlu dilaksanakan dalam bentuk latihan berterusan kerana bidang penyiaran bergerak pantas dan berubah dengan keperluan semasa. Saingan dunia media baru penyiaran memerlukan Dunia Penyiaran konvensional sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk menyainginya.
Monday, June 7, 2010
LAWATAN KE US BERSAMA TV3

Antara usaha untuk memperbaikki prestasi serta menambah pengetahuan dan pengalaman kakitangannya, TV3 menganjurkan lawatan sambil belajar dengan menghantar kakitangan Bilik Berita ke San Francisco, USA. Program yang dijalankan pada tahun 1989 itu dilaksanakan dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Mereka yang terbabit dalam program lawatan sambil belajar ini terdiri daripada Penyampai Berita, Penerbit dan Pengurusan Kanan Bahagian Berita.
Kami dihantar secara berkumpulan menggabungkan penyertaan seorang Penerbit, seorang Penyampai Berita & seorang Pegawai Kanan.
Saya turut berpeluang mengikuti program ini dan merupakan kumpulan terakhir ke San Francisco. Saya berpasangan dengan Azhar Osman – seorang penyampai berita ketika itu. Azhar telahpun kembali ke Rahmatullah dan jawatan terakhirnya ialah Setiausaha Akhbar kepada PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketika di San Francisco saya dan Azhar di bawa berkunjung dan melihat budaya kerja kakitangan beberapa stesen TV di Bay Area, San Francisco dan lawatan ini dianjurselia oleh Malaysian American Commission on Education Exchanges(MACEE).
Pada lawatan itu kami dibawa ke beberapa stesen TV di Bay Area khusunya ke stesen wakil(Affiliate) untuk rangkaian ABC, NBC serta CBS. Program selama seminggu itu membawa kami ke stesen- stesen ternama di Bay Area.
Kebanyakan lawatan tertumpu kepada pengendalian operasi Bilik Berita di stesen TV yang dilawati dan kami turut diberi peluang untuk menyaksikan operasi Bilik Berita daripada liputan wartawan di lapangan, menyertai mesyuarat editorial harian, penyuntingan dan rakaman siaran beritanya sekali. Ia memberi kami gambaran terbaik untuk dilaksanakan ketika kembali melaksanakan operasi di Bilik Berita TV3 ketika kembali ke tanahair.
Di samping melawat Bahagian Berita kami juga turut dijemput memberi ceramah di Department of Broadcast and Electronic Communication Arts, di San Francisco State University oleh Prof. John Hewitt. Prof. John Hewitt jug adalah pengarang dua buku kewartawanan penyiaran iaitu “Air Words: Writing for Broadcast News" dan "Sequences: Strategies for Shooting News in the Real World."
Di dalam sesi soal jawab bersama pelajar universiti itu kami bertukar-tukar fikiran mengenai pelbagai isu seperti kebebasan akhbar, masalah penyiaran di Dunia Ketiga serta saingan media cetak dan elektronik.
Friday, January 29, 2010
KELUARGA BESAR MHI
Monday, December 7, 2009
DOKUMENTARI TUNKU
Petikan utusan.com.my – 7/12/09
Dokumentari semua bekas Perdana Menteri akan diterbitkan
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan akan memulakan usaha menerbitkan dokumentari yang komprehensif mengenai riwayat dan perjuangan semua bekas Perdana Menteri mulai tahun depan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, usaha itu akan dimulakan dengan penerbitan dokumentari Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.
Beliau berkata, langkah itu diambil memandangkan penerbitan rancangan dokumentari mengenai bekas Perdana Menteri masih kurang di negara ini…LAGI…
>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Semasa bertugas di TV3, saya pernah menerbitkan sebuah dokumentari khas mengenai riwayat dan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Saya hanya menyediakan skrip dan menyunting bahan dan menyiapkan dokumentari itu yang pada mulanya pengumuplan penggambaranya dilakukan oleh Suhaimi Baba. Oleh kerana Suhaimi Baba – Kini Datuk Paduka dan pemilik Pesona Pictures -meninggalkan TV3, dokumentari itu belum dapat disiapkan, saya selaku Penerbit Majalah ketika itu ditugaskan menyiapkan Dokumentari itu.
Seingat saya, Dokumentari itu tidak pernah pun disiarkan oleh TV3 dan masih lagi dalam simpanan perpustakaan stesen itu. Ada satu ketika TV3 mahu menyiarkan Dokumentari itu, tetapi atas permintaan keluarga Tunku sendiri, Dokumentari itu tidak pernah disiarkan.
Monday, July 13, 2009
PEMBACA BERITA CANTIK
Aku pernah dijemput sebagai ahli panel satu majlis forum mengenai peranan wartawan wanita di media elektronik yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Wanita Malaysia iaitu PERTAMA pada awal 90an.
Jemputan itu adalah atas kedudukan sebagai Timbalan Pengurus Berita & Ehwal Semasa TV3.
Ketika sesi soal jawab dengan para peserta yang secara kebetulan juga adalah wartawan, ada yang bertanyakan dengan nada marah kenapa dan mengapa TV3 mengambil pembaca berita wanita yang cantik-cantik sahaja dan tidak memberi peluang kepada pembaca berita wanita yang tidak cantik membaca berita. Menurut mereka pendekatan ini adalah satu bentuk diskrimansi kepada wartawan wanita.
Aku tidak menjangka dan agak terkejut dengan soalan seperti itu dan untuk tidak memperkecilkan hati yang bertanyakan soalan itu aku tidakpun memberikan jawapan yang tidak emosional dan menyakitkan hati.
Dengan berseloroh, aku mencabar para peserta forum yang turut membabitkan penyertaan editor kanan majalah tempatan supaya berkuatkuasa serta merta mereka perlu meletakkan gambar hiasan muka depan majalah-majalah - khususnya bertema wanita dengan foto-foto perempuan yang tidak cantik. Jika mereka sanggup berbuat demikian - aku juga akan menukarkan penyampai berita di TV3 dengan penyampai yang tidak cantik.
Adalah menjadi amalan ketika itu dan juga sekarang yang hanya meletakkan wanita cantik sebagai penghias muka depan majalah.
Tidak ada seorangpun yang menyambut cabaranku ini.
Mereka kemudiannya bertanyakan soalan lain yang tidak ada kena mengena dengan pembaca berita yang cantik.
Friday, June 26, 2009
DI MANAKAH MEREKA
Petikan daripada h.metro.com.my - 26/06/09.
Dunia niaga bekas personaliti TV3
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
BELASAN tahun menimba pengalaman bersama TV3, pasti meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Sebahagian daripada mereka berjaya membina nama cemerlang dan begitu sinonim dengan stesen televisyen swasta terunggul itu.
”Christine yang dianggap pakar bahasa Melayu di TV3 sekarang membuka Pusat Tuisyen Lestari Ikhtiar (Pusat Bahasa Christine Ling) di Petaling Jaya.
"Selama 15 tahun bersama TV3, saya kumpulkan kenangan manis saja. Waktu bekerja di sana juga saya berasa terlalu dekat dengan wanita termasuk mereka yang tinggal di luar bandar. Di mana jua menetap sama ada di bandar atau di desa, wanita mempunyai harapan dan impian yang sama untuk berjaya dalam kehidupan.
"Bersama TV3 juga saya berusaha memperbetulkan tatabahasa penonton dan mengharapkan sesuatu yang luar jangkaan. Bagaimanapun, setiap orang ada persepsi berbeza terhadap usaha yang kita lakukan.
"Selepas meninggalkan TV3, saya mengusahakan pusat tuisyen. Selama 10 tahun ini saya berdamping dengan pelajar sekolah yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Semoga TV3 bertambah maju jaya pada masa depan," katanya.
>>>>>>>
CATATAN PK
Semoga berjaya kepada bekas warga kerja TV3 yang membantu mewarnai industri penyiaran negara. Selamat Maju Jaya.
Sunday, June 7, 2009
TIDAK MENCARI GLAMOR
Petikan daripada Utusan Online - 1/06/0909.
Personaliti awal TV3 tidak mencari glamor
shazryn.faizal@utusan.com.my
Tuesday, May 19, 2009
NORMALA YANG TAK KU KENAL
Petikan daripada www.bharian.com.my - Selasa, 19 Mei 2009.Bukan soal glamour
Mahu kongsi kemahiran dalam bidang pengacaraan, tunggu masa terbit biografi perjalanan hidup
MANA mungkin melupakan pesona dan kejelitaan wanita ini yang pernah membuatkan penonton program kendaliannya di kaca TV terpukau. Suatu ketika dulu, beliau memang antara daya tarikan stesen TV3, malah insan yang bakal menginjak usia 45 tahun pada 4 Jun ini pernah mendapat jolokan antara Wanita Melayu Terakhir... LAGI...
>>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Pada peringkat awalnya program berteras wanita NONA, di TV3 adalah di bawah pengawasan Bahagian Penerbitan-Productiondan bukan di bawah Berita/Ehwal Semasa. Apabila Datuk Ahmad Sebi mengambilalih teraju kepimpinan daripada Arwah Mohd Noor Salleh sebagai Pengarah Urusan TV3, Progam NONA diletak di bawah Bahagian Berita/Ehwal Semasa. Ketika di bawah Bahagian Penerbitan-Production, NONA, dihoskan oleh Furzanne dan Nurfarahin Jamsari. Di bawah Bahgian Berita/Ehwal Semasa, program ini turut dihoskan oleh Ezah Aziz Fauzy, Nurfarahin Jamsari dan juga Normala Shamsuddin. Penerbitan rancangan mingguan untuk mengupas kegiatan wanita tanahair itu diserahkan kepada Nuraishah Malik sebagai Penerbit – Kini Nuraishah ialah Manager Magazine Programme, Content Creation, TV9. Di dalam salah satu mesyuarat mingguan NONA, Nuraishah mencadangkan satu segmen pertandingan membabitkan fesyen wanita. Aku pula mencadangkan daripada pertandingan fesyen adalah lebih wajar diadakan pertandingan mencari Pengacara sebagai pelapis pengacara di TV3. Lagipun ketika itu, TV3 memerlukan pengacara program TV, dan daripada sesi ujibakat yang diadakan, agak sukar mencari pengacara yang berpotensi. Hasil daripada mesyuarat itu, lahirlah slot khasPencarian Pengacara NONA di TV3. Sambutan kepada program itu begitu mengalakkan dan permohonan peserta terpaksa disaring beberapa kali. Daripada saringan ini mereka yang berjaya buat pertama kalinya ke peringkat Akhir termasuklah Nura Hendon-kini seorang Usahawan, Maria Tunku Sabri-Hos Jalan-Jalan Cari Makan, Normala Shamsuddin dan Hamidah Hamzah - Penyampai Berita RTM. Peringkat Akhir Pencarian Pengacara NONA ini dibuat secara langsung dari Studio TV3, di Jalan Liku, Bangsar. Pada pertandingan itu, para peserta disyaratkan membuat persembahan berbentuk nyanyian, bersajak, memainkan instrumen muzik dan lain-lain. Dalam pertandingan itu, Normala Shamsuddin sebagai seorang ibu masih mengandung beberapa bulan. Aku selaku Timbalan Pengurus Berita/Ehwal Semasa, Ahmad Merican, Pengurus Program TV3 dan seorang kenamaan wanita jemputan menganggotai panel juri pertandingan. Kami akhirnya menobatkan Normala Shamsuddin sebagai juara sementara Nora Hindun di tempat kedua. Walaupun dalam keadaan mengandung, panel hakim tidak mengambil kira keadaan itu, kerana apa yang penting adalah untuk memenuhi matlamat mencari hos yang mampu mengetengahkan agenda wanita di dalam program yang diacarakan. Kami sebagai Panel Hakim memilih Normala kerana merasakan personalitinya bersesuaian untuk mengacarakan program berteras wanita. Sekiranya pencarian pengacara adalah untuk sebuah program bual-bicara mahupun majalah ehwal semasa lain, Nura Hendon memenuhi ciri-ciri itu. Selepas meraih kejayaan itu dan mengikuti beberapa siri latihan, Normala mula mengacarakan NONA selepas itu, dan ketika siaran pertamanya ke udara aku telahpun meninggalkan TV3.
Secara peribadi aku tidak pernah mengenali pengacara yang mendapat jolokan Wanita Melayu Tercantik. Kini, selepas beberapa tahun, program Pencarian Pengacara NONA berubah menjadi Pesona Nona yang juga bermatlamat sebagai landasan pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran.
* Lihat juga video Pengacara Nona Terbaik 1991.
Sunday, April 12, 2009
SEKAPUR SIRIH PAGI AHAD - 11
Monday, April 6, 2009
BAHASA BAKU DI TV3 - 10
Tuesday, March 24, 2009
OPERASI UDARA DI LAUTAN PASIFIK - 09

Antara perkara yang menarik ketika menjadi wartawan ialah apabila berpeluang mengikuti rombongan Perdana Menteri ke luar negara. Antara lawatan yang aku pernah ikuti dan dirasakan menarik ialah lawatan Dr. Mahathir Mohammad ke negara Amerika Latin pada tahun 1992.
Pesawat khas MAS Boeing 737 menjadi kapalterbang rasmi yang membawa ahli rombongan PM yang terdiri daripada ahli perniagaan terkemuka negara, para menteri, pegawai kanan kerajaan serta rombongan media yang terdiri daripada ketua-ketua organisasi media tempatan.
Pada ketika itu, adalah satu kelaziman, apabila Perdana Menteri keluar negara, wartawan yang turut serta juga terdiri daripada ketua organisasi media sendiri. Semasa lawatan dua minggu itu, akhbar Berita Harian di wakili Ketua Pengarangnya Nazri Abdullah, bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin mewakili Utusan, Ahmad Talib mewakili
Antara ahli perniagaan ternama dalam rombongan itu ialah Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Azman Hashim, Pemilik YTL-Datuk Yeoh Tiong Lay, Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Low Yow Chuan, Tan Sri Lee Kim Yew dan ramai lagi.
Apa yang menarik ialah ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Subang ke San Diego, Chile. Kapten pesawat
Ketika dalam penerbangan, pesakit tadi memerlukan pembedahan segera. Dr. Peribadi Dr. Mahathir, melakukan pembedahan itu di bahagian belakang pesawat
Moral cerita ini ialah sebagai wartawan kita perlu sentiasa terbuka menghidu di mana juga ada berita. Kemungkinan besar, wartawan yang terlepas berita itu merasakan tugasan untuknya hanya untuk membuat liputan mengenai lawatan PM sahaja. Yang lain- bukan tanggungjawab mereka kerana ia kurang penting.
Berita yang dirakamkan oleh TV3 itu menggambarkan bagaimana seorang pemimpin negara memberi lampu hijau kepada pesawat
Saturday, March 14, 2009
BUNGKUS KOTAK
Berbeza dengan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini, Perhimpunan kepimpinan UMNO penghujung Mac ini akan meninggalkan pelbagai kesan kepada perkembangan lanskap politik, ekonomi dan sosial negara. Ini berlaku kerana berbanding dengan perhimpunan sebelumnya teraju kepimpinan UMNO dan negara akan berubah apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, apa yang berlaku - aku tidakpun perlu mengemas barang ke kotak pada tahun itu kerana Dr. Mahathir memenangi pertandingan itu dengan mengalahkan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.
Tuesday, March 10, 2009
MENJADI NEWSCASTER – Ep. 3 - 08

Kecelaruan ini ditambah dengan ramai artis drama mahupun filem yang tidak berkelayakan dalam bidang ini turut terjun menjadi pengacara dalam program-program yang dianggap lebih serious. Daripada tidak ketentuan ini, wujudlah penyampai berita/program yang juga seorang artis drama/filem, model serta pelawak. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menjadi talent dalam filem iklan. Tidak hairanlah sekiranya kita perhatikan, dalam sesebuah rancangan seorang penyampai program tv, menjadi penjenayah dalam sebuah drama tv dan pada waktu yang sama menjadi talent iklan ketika commercial break.
Sunday, March 1, 2009
INGIN JADI NEWSCASTER - Ep. 2 - 07

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...
-
Setiap Sabtu antara 17 Julai 2010 hingga 7 Ogos 2o10 sekali lagi aku berada di TV3 untuk melatih para wartawan & penerbit Primeworks. I...
-
Antara Penyampai Berita terawal di TV3 ialah Razak Abdullah, Fitri Aziz dan Mahadzir Lokman yang turut membaca Berita Bahasa Inggeris . ...





