Showing posts with label SEMASA-RADIO. Show all posts
Showing posts with label SEMASA-RADIO. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

NATION'S FIRST RADIO STATION FOR WOMEN LAUNCHED

Petikan star online - 10/12/2011
Nation’s first radio station for women takes off with gala party
By LEE YEN MUN 
yenmun@thestar.com.my
KUALA LUMPUR: The nation’s first radio station for women officially got off with a launch party that was packed with glitz and glamour.
After allowing the public more than a week to listen to their voices, music and chit-chats, Capital FM hosted the star-studded event to celebrate its debut...LAGI...
>>>>>>>>
Catatan PK
Sekadar maklumat.

Friday, June 17, 2011

KELETAH MEREKA GAMATKAN KONTI

Petikan Utusan Online - 16/06/2011
Keletah mereka gamatkan konti
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
SELAMA lima tahun beroperasi, stesen radio popular, Hot FM telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai salah sebuah stesen yang diminati ramai.Populariti yang dikecapi oleh stesen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad (MPB) itu pernah melayakkan mereka untuk merasai gelaran sebagai stesen radio nombor satu negara...LAGI...
>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, April 9, 2011

DAKWAH 'DINIHRI' SALAM FM

Petikan utusan online - 8/04/2011
Dakwah ‘dinihari’ Salam FM
Oleh ZUARIDA MOHYIN
Penerbit dan juruhebah Salam FM bersama Ismail Noor (dua dari kanan).
ADA ke orang nak dengar radio pada lewat malam hingga dinihari dan membawa ke awal pagi? Apatah lagi, yang berkonsepkan pendekatan dakwah Islamik?
Itulah tanda tanya spontan di fikiran penulis sebaik menerima tugasan liputan tentang radio penyiaran berkonsep Islamik Salam FM, kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)...LAGI.
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maaklumat.

Sunday, January 30, 2011

BAHASA DI RADIO SWASTA

Petikan Utusan Online - 30/01/10
Bahasa di radio swasta
Sitijarum
SALAH satu sebab Siti tak berapa gemar dengan sesetengah radio swasta adalah kerana bahasanya. Bagi Siti bahasanya boleh dikatakan biadap, walaupun bagi orang sekarang, “ala biasalah”.Kalau orang kata dengar radio boleh menenangkan fikiran, bagi Siti beberapa deejay radio swasta boleh menaikkan darah.
Istilah macam “kau orang” yang disebut bunyinya “korang” saja, lepas itu memekik pendengar dengan “hoi” tak kira lagi yang deejay perempuan mengilai macam zombi, ketawa macam perempuan di lorong...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Wednesday, December 22, 2010

IKIM FM PERLUASKAN SIARAN

Petikan bernama.com...22/12/10
RM14 JUTA UNTUK PENAMBAHAN PEMANCAR RADIO SELURUH NEGARA
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bercadang untuk memperluaskan siaran Radio IKIMfm pada tahun depan dengan menambah 10 lagi pemancar di seluruh negara...LAGI... >
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Thursday, December 16, 2010

FUNKERFM KE UDARA DARI RUMAH

Petikan utusan online - 16/12/01
Funkerfm ke udara dari rumah
Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
APABILA bercakap mengenai radio, kita mesti terbayangkan juruhebah atau penyampainya yang juga dikenali sebagai DJ bercakap sendirian dalam studio atau konti.Di negara ini terdapat ratusan stesen radio dalam pelbagai bahasa untuk keperluan dan cita rasa setiap rakyat Malaysia...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat

Thursday, August 26, 2010

RADIO DAY TO CELEBRATE GROWTH OF INDUSTRY

Petikan-btimes.com.my-26/08/2010.
Radio Day to celebrate growth of industry
By Presenna Nambiar
COME September 9, the entire radio fraternity will come together to celebrate Radio Day, a day to set aside their intense competition and celebrate the growth of the industry.
According to Media Prima radio networks general manager Seelan Paul, there is much to celebrate too, with radio becoming a force to be reckoned with to advertisers and media buyers alike...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, August 21, 2010

HOS RADIO 98.8 TIDAK DIBENAR KE UDARA

Petikan bernama.com 20/08/10
Star RFM Siasat DJ Tidak Dibenarkan Ke Udara
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Star RFM Sdn Bhd berkata syarikat itu sedang menyiasat hos radio 98.8 Jamaluddin Hassan yang tidak dibenarkan ke udara, menurut pengerusinya Datin Linda Ngiam.
Beliau berkata siasatan itu juga meliputi bagaimana perkara tersebut dikendalikan oleh kakitangan yang bertanggungjawab terhadap 988...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadr maklumat.

Friday, July 2, 2010

UNIVERSITY GOES ON AIR

Petikan www.nst.com.my - 2/07/10.
University goes on air
By Edmund Samunting
KOTA KINABALU: Sabah's only full-fledged university, Universiti Malaysia Sabah, has launched its own radio station.
Called UMS KKFM, its broadcast is from 6am to 8pm daily and could be heard through the frequency of 91.1MHz...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar Maklumat.

Tuesday, June 8, 2010

STRATEGI BARU HOT.FM

Petikan kosmo online - 8/06/10
Strategi baru Hot FM
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
BERMATLAMAT lebih memantapkan tiga buah stesen radio yang bernaung di bawahnya, Rangkaian Radio Media Prima telah menyusun beberapa pengisian baru. Bagi Hot FM, Fly FM dan One FM, ia dianggap mampu memacu kejayaan masing-masing dalam lapangan penyiaran radio tanah air selepas ini...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Friday, April 2, 2010

Al-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI

Alfatihah Buat din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri.

Allahyarham adalah antara penyiar yang kreatif yang mempunyai ramai peminat kerana lawaknya yang bersahaja dan mencuit hati.

Allahyarham adalah di antara pelawak yang berkemampuan melontarkan isu-isu yang sensitif tetapi tidak melukai hati seseorang.

Aku sendiri adalah antara peminat setia yang mengikuti rancangannya di sebelah pagi bersama Aznil Haji Nawawi ketika dalam perjalanan ke pejabat. Kini kita akan merinduinya dan hanya tinggal kenangan manis buat mereka yang mengikuti perkembangan kerjaya Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat Allahyarham. Alfatihah.

**Lihat juga rencana :Bunga Pagi Din Beramboi di Kosmo Online.

Wednesday, March 31, 2010

SURIA FM KEMBANG SAYAP

Petikan utusan online - 31/03/10.
Suria FM kembang sayap
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
MULA beroperasi pada Disember 2006, stesen radio milik Rimakmur Sdn. Bhd., Suria FM yang juga anak syarikat Star Publications ini mula menampakkan peningkatan...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
*Sekadar maklumat.

Wednesday, March 24, 2010

BAHASA MELAYU DI RADIO

Petikan bharian.com.my- 24/03/10.

Fragmen: Bahasa Melayu di radio dan Wajib Siar yang kelabu
Oleh Zainuri Misfar
Turut menarik perhatian ialah bagaimana juruhebah menggunakan bahasa Melayu dengan betul penuh berdisiplin. Kita berasakan juruhebah dan penyampai radio di Singapura benar-benar menghormati bahasa Melayu.

Ini bukan sekadar sebutan, tetapi tata bahasanya juga tidak tunggang langgang. Malahan mereka tidak sama sekali menggunakan pertuturan bercampur aduk bahasa Melayu dengan Inggeris sungguhpun kita tahu bahasa majoriti penduduk Singapura bertutur bahasa Inggeris.

Ia sangat berbeza dengan penyampaian bahasa Melayu oleh stesen radio kita. Di stesen radio swasta, penyampai atau juruhebahnya memang tidak ada disiplin langsung sehingga penggunaan bahasa Melayu campur Inggeris sebagai perkara biasa.

Mungkin stesen radio kita mengambil pendekatan realiti iaitu macam mana pendengar bertutur dalam bahasa seharian, begitulah yang mereka gunakan dalam konti. Ia tidak bersifat mendidik, memujuk atau menanam satu sifat dalam jiwa pendengar dan orang ramai supaya menggunakan bahasa Melayu dengan teratur, betul dan berdisiplin...LAGI...

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

* Lihat blog sebelum ini mengenai Bahasa Baku di TV3 &

* Pikat Pendengar.

Wednesday, March 10, 2010

RADIO RTM PERLU DISEGARKAN

Petikan : bharian.com.my - 10/03/10.
Fragmen: Radio RTM perlu disegarkan semula
Oleh Zainuri Misfar
KETIKA ini kita difahamkan semua stesen radio sedang bertungkus lumus menyajikan persembahan terbaik masing-masing kerana satu kaji selidik untuk mencari radio popular dikalangan pendengar sedang dilakukan.
Pastinya kita menunggu apakah HotFM mampu mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu? Adakah Era mampu merampas semula kedudukan sebagai radio nombor satu? Bolehkan Sinar FM memperbaiki kedudukannya selepas tergelincir di tempat ketiga dalam kaji selidik yang lalu?
Bagaimana pula kedudukan stesen radio RTM, terutama radio peringkat nasional seperti Klasik Nasional, MuzikFM, AiFM, TraxxFM dan Minnal FM serta Asyik FM? Menerusi kaji selidik Nielsen pada Oktober 2009, daripada 10 stesen radio yang menjadi pilihan utama pendengar, empat daripadanya radio di bawah naungan RTM.
Nampaknya, radio RTM perlu menerima hakikat mereka masih ketinggalan. Kalau berdasarkan kajian Nielsen yang lalu, kedudukan terbaik daripada radio RTM ialah daripada radio negeri iaitu di tempat kelima di belakang Hot FM, Era, Sinar FM dan Thr. Bagi radio peringkat nasional, stesen radio Klasik Nasional di tempat kelapan, diikuti dengan Muzik FM (kesembilan)...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, February 23, 2010

STESEN RADIO WAJIB PUTAR LAGU BARU ARTIS TEMPATAN

Petikan bernama.com - 22/02/01
Stesen Radio Diwajib Putar Lagu Baru Artis Tempatan - Rais
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio diwajibkan memutarkan lagu-lagu daripada album atau "single" terbaru artis tempatan untuk tempoh tertentu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata langkah itu juga akan menjadi antara syarat pemberian lesen stesen radio dan beliau percaya pemegang lesen stesen radio tidak akan keberatan untuk mematuhi arahan itu.

Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 supaya stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan memandangkan usaha itu didapati masih kurang diutamakan, katanya...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Monday, January 18, 2010

DRAMA DI BERNAMA RADIO 24

Petikan bharian.com.my – 18/01/10.

Radio24 mula siar novela Embun Hibiscus hari ini

STESEN radio berita pertama Malaysia, Bernama Radio24 (BR24) yang siarannya boleh diikuti menerusi frekuensi FM93.9 meneruskan pembaharuan pada tahun ini dengan terbitan terkini mereka iaitu radio novela berjudul Embun Hibiscus.
Radio novela di bawah genre infodrama ini disiarkan pertama kali pada 18 Januari tampil dengan tema cinta dan kekeluargaan yang diselitkan dengan isu berita, prinsip 1Malaysia serta nilai murni masyarakat majmuk Negara ini.

“Uniknya Embun Hibicus ialah antara wataknya yang dipegang sendiri oleh penyampai BR24. Watak Puteri Natasha yang dipegang oleh Wan Syahrina Ab Rahman, Intan Jasmine (Zaleha Khairene Ismail), Zafrul Zabidi (Kifli Bujang) dan Yusairi Yaakob (Kam Kamaruddin)”
…LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Pada mulanya saya mengharapkan Bernama Radio 24 menumpukan perhatian kepada menghidangkan berita-berita terkini kerana ia adalah radio berita. Cadangan menerbitkan radio novella Embun Hibiscus agak mengejutkan. Di samping itu, Bernama Radio 24 yang pada awalnya dikenali sebagai radio Berita juga menghidangkan pelbagai genre muzik.

Apakah Radio Berita tidak boleh bertahan dan tidak diminati masyarakat. Itulah persoalannya. Sewajarnya Bernama Radio 24 terus memperbaikki statusnya sebagai Radio Berita – kerana itulah keistimewaan dan kekuatannya.

Meletakkan penyampai berita sendiri sebagai pelakon dalam drama Embun Hibiscus mungkin dirasakan satu pembaharuan. Namun, apa yang memuskilkan ialah bagaimana tanggapan masayarakat sekiranya seorang Mak Tiri atau watak negatif yang dibenci dalam drama yang disiarkan kemudiannya membaca Berita – di mana kredibilitinya seorang penyampai.

Watak Pak Awang, Mak Iti serta Sahak dalam drama radio Kebun Pak Awang yang cukup popular sekitar tahun 60 adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman berpuluh tahun sebagai pelakon drama radio. Mampukah Penyampai Berita Bernama mencapai benchmark pelakon drama radio veteran ini.

Langkah yang dibuat oleh Bernama Radio24 ini agak menarik dan pastinya kita akan sama-sama mahu mengikuti perkembangan Drama Radio berita pertama Malaysia ini.

Wednesday, January 13, 2010

IKIM.fm SEBAGAI PENDIDIK

Petikan Bernama.com.my - 13/01/10
Hijrah Membangun Minda
Oleh Melati Mohd Ariff
Bernama baru-baru ini menemu bual Ir Ahmad Jais Alias, Pengarah Radio IKIM.fm mengenai beberapa isu termasuk keperluan hijrah dalam konteks masyarakat Islam hari ini, pentingnya contoh teladan serta peranan Radio IKIM.fm sebagai medium mendidik masyarakat.

Rencana ini ialah yang pertama daripada dua bahagian

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Hijrah atau perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah ialah satu peristiwa besar bagi umat Islam.

Ia bukan sahaja melakar banyak kepentingan dalam sirah yakni perjalanan sejarah hidup Rasulullah SAW khasnya untuk mengembangkan syiar agama Islam tetapi juga dalam tamaddun Islam amnya
...LAGI...
>>>>>>>
Sekadar maklumat.

Tuesday, January 12, 2010

PERUBAHAN ERA

Petikan utusan online - 12/01/09.
Era mahu rampas nombor satu
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
SELAMA 11 tahun bergelar stesen radio tempatan nombor satu, bukan mudah untuk Era melepaskan gelaran itu yang dirampas oleh Hot FM pada tahun lalu. Dengan sekitar 3.7 juta pendengar, radio di bawah naungan AMP Radio Networks itu tidak berputus asa, sebaliknya akan berusaha bagi merampas kedudukan tersebut…LAGI…
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Wednesday, November 11, 2009

IKIM fm di MEKAH

Petikan www.bernama.com – 10/11/09.
Ikim.fm Siarkan Rancangan Khas Laporan Ibadah Haji
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Radio Ikim.fm) mulai 1 Nov lepas menyiarkan rancangan khas Laporan Ibadah Haji sehingga tamat musim haji iaitu pada 30 Nov ini.

Program tajaan Celcom (M) Bhd itu memberi peluang kepada para pendengar untuk mengikuti perkembangan semasa ibadah haji dari tanah suci Mekah dan Madinah...LAGI...

>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, October 27, 2009

KEJAYAAN IKIM FM

Petikan Bernama.com-27.10.09.

Sambutan Siaran Ikim.fm Semakin Meningkat

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Radio Ikim.fm berjaya menarik pendengar untuk mengikuti siarannya secara purata selama sembilan jam 45 minit dalam sehari, menurut hasil rating terkini daripada kajian AC Nielsen Ogos lepas.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata kejayaan itu meletakkan radio Ikim pada kedudukan ke-10 daripada 38 radio di seluruh Malaysia.

Beliau berkata Mac lepas, radio IKIM hanya menduduki tempat ke-25 dalam kategori ini dengan purata masa siaran yang diikuti pendengar hanya kira-kira lapan jam sehari.

"Kedudukan kami (dalam rating), dengan produk kami yang berbeza, tambahan pula dengan liputan yang terhad, kami sudah mendapat tempat untuk mencapai jumlah pendengar yang memberangsangkan ini.

"Jika kawasan liputan lebih meluas, kami pasti boleh mendapat rating lebih tinggi daripada itu," katanya selepas merasmikan seminar bertajuk "Memperkasakan Peranan Tekno-Daei:Cabaran dan Penggunan ICT di institut itu di sini pada Selasa
…LAGI…

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...