Monday, June 8, 2009

MABUK TV

Petikan daripada kosmo.com.my – 8 June 2009.

”Menerusi projek itu, lebih 53,000 peluang kerja bakal ditawarkan terutama berkaitan kandungan siaran. Ini bagi mengisi lebih 175,000 jam siaran setahun meliputi berita, dokumentari, drama, hiburan dan sebagainya”.

Kita bakal 'mabuk' TV

Oleh AMREE AHMAD

amree.ahamad@kosmo.com.my

Era pendigitalan siaran televisyen menyaksikan rakyat Malaysia dijangka menonton tambahan 20 saluran baru RTM ...LAGI...

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Adalah benar-benar diharapkan peluang pekerjaan yang diwar-warkan itu menjadi satu realiti menjelang pendigitalan RTM itu.

Sunday, June 7, 2009

TIDAK MENCARI GLAMOR

Petikan daripada Utusan Online - 1/06/0909.

Personaliti awal TV3 tidak mencari glamor

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

DALAM diam tak diam, hari ini (1 Jun) genaplah usia stesen televisyen swasta pertama negara, TV3 25 tahun.

Rasanya baru seperti semalam TV3 memulakan siaran pertamanya pada 1 Jun 1984 dan kehadiran TV3 ketika itu ternyata telah mencipta satu landskap yang cukup segar dan baru....LAGI...

>>>>>>

CATATAN PK

Tahniah diucapkan kepada TV3 kerana telah menyumbang bakti dan beroperasi lebih daripada suku abad.

Friday, May 29, 2009

JANGAN DERA PENERBIT

Dipetik daripada Bernama.com-28 Mei 2009.

"Kita tidak harus mendera pembikin drama, filem, dokumentari atau animasi dari segi bayaran yang dikenakan. Kita memberi perkhidmatan, justeru kita mesti tidak menyukarkan pengamal-pengamal dalam industri ini.

Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Penjadualan Program RTM Dikaji Supaya Adil

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Formula penjadualan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan dikaji semula supaya ia lebih sama rata kepada pengusaha filem, pengedar serta penerbit program, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Aku mula terbabit dalam industri penerbitan ini sejak tahun 1992. Pelbagai asam garam dilalui. Aku membekalkan bahan rancangan untuk TV3 dan juga RTM. Prime Time Communications adalah antara Production House yang prolifik sehinggalah tahun 1999 apabila kemelesten ekonomi dunia melanda – maka benoktahlah satu rentetan sejarahnya tersendiri.

Daripada penelitian sepanjang pembabaitan dalam industri selama ini, stesen televisyen sama ada RTM mahupun TV3 dan juga pelbagai stesen lain yang bakal menemui penonton mampu membantu industri penerbitan tanahair waimah golongan bumiputra mahupun bukan. Pendekatan yang diperlukan hanyalah keikhlasan ketika mengagih-agihkan penerbitan rancangan yang pelbagai kepada penerbit yang benar-benar berkelayakan, berpengalaman dan mampu menghasilkannya.

Pendekatan Tecnological Know Who yang mengatasi Technological Know How menjadikan industria penerbitan tanahair akan berterusan suram. Sekiranya program-program ini dibuat oleh mereka yang tahu, maka lahirlah karya kreatif yang bermutu. Jika Saudagar Kicap, Saudagar Kayu Gaharu yang tidak mempunyai Technological Know How tetapi mempunyai Tecnological Know Who – pikirlah sendiri apa akan jadi pada industri ini.

Percambahan pelbagai stesen TV bererti lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan disediakan kepada karywan muda yang bakal mewarnai industri penyiaran ini. Sekiranya lagu lagu lama diberi adunan pendekatan yang tidak asli maka akan tidak aslilah hasilnya.

Menteri bertukar ganti keluar masuk ke Angkasapuri, dan diharapkan pada kali ini, Datuk Rais Yatim bersama Ketua Pengarah Penyiaran yang baru, Datuk Ibrahim TIGER dapat memberi wadah dan nafas baru kepada industri penyiaran tanahair yang sudah lama memerlukan perubahan ini.

Tuesday, May 26, 2009

FILEM RM15 RIBU

Petikan daripada Berita Harian- Selasa, 26 Mei 2009

Semangat penuntut perfileman

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Beranikan diri hasilkan filem 3 Budak Melayu dengan kos RM15,000

MEREKA umpama cangkir kosong yang cuba mengisi ruang dalam industri perfileman tempatan. 
Berbekalkan minat serta ilmu yang digali sepanjang menuntut di Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, mereka berpakat untuk berkongsi idea, lalu muncullah filem cereka dengan judul 3 Budak Melayu.Bukan sedikit halangan terpaksa mereka tempuh. Namun dengan kesungguhan serta kecintaan yang mendalam, impian itu berjaya direalisasikan dan filem 3 Budak Melayu akan menjadi kebanggaan 40 penuntut semester akhir fakulti berkenaan
...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Begitulah nasib kepada insan yang mahu terlibat dalam bidang kreatif yang begitu mencabar di Malaysia iaitu Perfileman. Selepas negara merdeka lebih 50 tahun, aku merasakan harungan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar yang mahu menjinakkan diri dalam bidang ini sudahpun berkurangan. Namun, ia masih lagi merupakan cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh insan kreatif ini.

 

Namun,  secara positifnya karyawan muda ini telahpun berjaya dibekalkan dengan pengalaman getir sebagai persediaan menghadapi realiti kehidupan sebenar untuk berkarya di luar sana selepas ini.

Aku masih teringat rakan-rakan yang mencuba meneroka bidang ini sebelum ini. Sdr. Mansur Putih yang menerima biasiswa MARA untuk melanjutklan pelajaran di Columbia University  di New York di bidang perfileman menghadapi masalah biasiswa yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan di New York.  Untuk membeli filem untuk projek di kelas juga merupakan satu penyeksaan. Agaknya,  itulah kesannya mengapa  Mansur Putih buat masa ini begitu kritikal terhadap perkembangan Filem Semasa Malaysia.

Seorang lagi rakan di ITM, Sdr. Nasir Jani pernah membaling batu ke Pejabat Finas sehingga cermin pintunya pecah kerana tidak berpuashati dengan badan perfileman itu dengan isu yang juga membabitkan filem.

Itulah asam garam hidup bagi mereka yang mahu meneroka bidang perfileman di Malaysia.

Sunday, May 24, 2009

REALITI TV ISLAM

Petikan daripada Utusan Online –24 Mei 2009
Realiti TV Islam
RANCANGAN realiti tv sememangnya sudah menjadi fenomena di seluruh dunia. Di mana-mana masyarakat dunia kini semakin teruja dengan rancangan televisyen yang menonjolkan kisah atau pertandingan realiti yang berlaku yang membenarkan orang ramai memberi pandangan atau sokongan mereka terhadap undividu yang bertanding...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Apa juga bentuk pendekatan perlu difikirkan bagi memastikan lebih ramai penonton menyaksikan program yang berteras Islam. Rancangan bercorak agama perlu keluar daripada kepompong stereotaip lama iaitu dengan meletakkan seorang Ustaz untuk membicarakan sesuatu isu berteras agama dalam program agama yang disediakan. Saya juga pernah mencubanya sebelum ini ketika menerbitkan program Addin di TV3 hampir selama 2 tahun.

Wednesday, May 20, 2009

SIAPA NO.1 – HOT.FM ATAU ERA?

Petikan daripada – bharian.com.my – 20/05/2009.

Masih nombor satu - Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Hot FM pikat pendengar di bawah umur 35 tahun, terus dominasi pasaran di bandar utama seluruh negara

STESEN radio pertama milik Media Prima Berhad, Hot FM sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu negara bagi kategori pendengar di bawah lingkungan umur 35 tahun dan terus mendominasi pasaran bandar serta bandaraya utama seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh…LAGI...
********

Petikan daripada –bernama.com – 20/05/2009.

ERA Is Top Astro Radio Station In Malaysia

KUALA LUMPUR, May 20 (Bernama) -- ERA radio station, continued its reign as the top overall radio station in the country based on Nielsen's Radio Audience Measurement Sweep 1 2009 with close to four million listeners...LAGI…

>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Siapa sebenarnya di persada No. 1 - Era ataupun Hot.FM. Anda boleh mengetahuinya dengan membaca berita ini selanjutnya dan membuat rumusan mengenainya.

Apa pun, laporan yang ada hanya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi syarikat-syarikat yang mahu mengiklankan produk masing-masing di radio-radio berkenaan.

Sekiranya diberi perhatian, hampir 50 stesen radio di negara ini hanya memutarkan pelbagai genre musik dalam isi kandungan rancangan mereka. Sekiranya dibuat pemantauan rambang hampir kesemua stesen radio yang ada berteras hiburan semata-mata.

Peranan Radio dalam ertikata sebenarnya adalah untuk memberi maklumat, mendidik dan juga menghibur. Radio sebegini boleh dikira dengan jari. Sejumlah kecil daripada Radio di RTM, Radio Ikim dan Radio 24 Bernama – malangnya hanya bersiaran di Lembah Klang – yang melaksanakan tanggungjawab ini.

Sekiranya diperhalusi lagi dengan memantau stesen yang ada, Asyik FM yang dulunya dipanggil Radio Orang Asli adalah anatara Radio yang berterusan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan mengadunkan tiga elemen iaitu memberi maklumat, mendidik dan menghibur.

** Lihat keputusan keseluruhan Kajian Radio oleh Nielsen Media Research di link ini.

TV INTERNET SELANGOR


Petikan daripada thestar.com.my- May 20, 2009

Selangor launches TV portal and newspaper - By TAN KARR WEI

THE SELANGOR state government will look into declassifying local council documents after the enactment of the Freedom of Information (FOI) Enactment…MORE…

>>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebuah lagi stesen television diwujudkan walaupun ia hanya boleh dilayari di alam maya, internet.

TV internet merupakan satu lagi wadah baru yang akan terus berkembang sebagai landasan komunikasi baru untuk masyarakat.

Usaha menubuhkan TV internet di Selangor telah lama dicadangkan. Pada satu ketika dulu ketika zaman Menteri Besar, Datuk Abu Hassan Omar, aku pun ada mengemukakan kertas cadangan mengenainya. Namun pada ketika itu, talian broadband belum begitu berkesan sebagaimana sekarang, maka ia tinggal menjdi cadangan sahaja.

Walau apapun pandangan dan tanggapan masyarakat terhadap media baru television maya ini, pastinya ia masih menggambarkan dan melambangkan betapa negara Malaysia ini terus kaya dengan amalan sistem demokrasinya.

Kerajaan Selangor di bawah Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim sudahpun tahu bahwa untuk memohon lesen TV teresterial, pastinya akan menghadapi jalan sukar. Jawapan pantas bagi membolehkannya berkomunikasi dengan rakyat Selangor ialah menerusi media baru - webtv di internet.

Sebagai antara orang terawal membangunkan tv internet seperti Malaysiaview.tv & UMNOtv– yang kemudiannya dihakmilikkan oleh pihak lain – maka kehadiran tv selangor.com ini akam mampu membantu menambah ruang peluang pekerjaan baru kepada karyawan muda dalam bidang komunikasi yang pastinya akan mempunyai aliran politik yang pelbagai dan berbeda.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...