Sunday, November 28, 2010

CABARAN UTUSAN MALAYSIA

Seperti yang termaklum - pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi.

Bekas Editor di Berita Harian, Hambali Abdul Latif dalam blognya hambali.blogspot.com berpandangan kini Utusan Malaysia berada dalam keadaan tersepit antara ‘menjaga kepentingan dan masa depan Melayu’ dengan keuntungan. Yang berlaku sehingga hari ini ialah Utusan Malaysia meletakkan perjuangan kepentingan Melayu, Islam dan masa depan Malaysia sebagai matlamat utama.

Ikuti dua bahagian pemerhatian beliau dalam merungkai peranan dan sumbangan utusan selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Thursday, November 25, 2010

REVOLUSI DIGITAL & PENGURUSAN MEDIA

Revolusi Digital memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada pengurusan penerbitan media di seluruh dunia. Apakah kesanya revolusi digital ini - sama ada ia positif atau sebaliknya. Apakah kehadiran Facebook,Google, Twitter menjejas atau memantapkan operasi organisasi media di seluruh dunia.

Alan Rusbridger, Ketua Editor The Guardian, mengupas perkara ini di dalam Syarahan Khasnya bertajuk The Splintering of the Fourth Estate di Andrew Olle Media Lecture di Sydney , Jumaat lalu.

Ikuti petikan ucapannya di sini .....The Splintering of the Fourth Estate.

Wednesday, November 24, 2010

PERHALUSI DEFINISI HASUTAN

Petikan utusan online -24/11/10
Perhalusi definisi hasutan
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
HASUTAN ibarat cipan, tapir dan tenuk kerana walau di mana sahaja ia wujud, sama ada di dunia siber dan di dunia nyata ia tetap perkara yang sama. Oleh yang demikian hasrat Kementerian Dalam Negeri untuk memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci khasnya dalam konteks dunia siber perlu mengambil sama faktor kebebasan hak asasi rakyat negara ini untuk mendapatkan maklumat dan meluahkan pendapat selagi ia tidak mencetuskan keresahan kaum, agama dan kelompok tertentu. ..LAGI...
>>>>>>>>>> CATATAN PK
Sekadar maklumat

Tuesday, November 23, 2010

CABARAN TV ISLAM

Petikan utusan online - 23/11/10
Cabaran TV Islam
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
ISLAM agama yang syumul atau menyeluruh dalam segala aspek kehidupan seharian telah menggunakan pelbagai medium bagi menggambarkan kesyumulannya.
Ia antaranya menerusi bahan-bahan siaran di televisyen seperti membabitkan aspek-aspek sosial, politik dan ekonomi yang disampaikan mengikut syariat-syariat Islam...LAGI...
>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, November 20, 2010

GARIS PANDUAN HASUTAN DUNIA SIBER SIAP MINGGU DEPAN

Petikan bernama.com - 20/11/10.
GARIS PANDUAN HASUTAN DUNIA SIBER SIAP MINGGU DEPAN - HISHAMUDDIN
KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Satu garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam kontek dunia siber akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Friday, November 19, 2010

Kakitangan Baru TV Al-Hijrah

Televisyen terbaru, TV Alhijrah yang menyediakan pelbagai program bercirikan Islam akan memulakan siarannya secara rasmi pada 1 Disember ini. Stesen yang menelan belanja RM60 juta dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation, syarikat yang diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut laporan, TV Alhijrah merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang menawarkan program-program televisyen berdasarkan perspektif Islam yang menyasarkan golongan belia beragama Islam sebagai penonton utamanya. Saluran televisyen percuma itu juga adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah stesen televisyen yang mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada orang bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat agama itu.

Kakitangan muda dan berbakat telahpun dipilih dan bakal menerajui Bahagian Berita stesen itu. Para penonton pastinya, tertunggu-tunggu apakah format liputan berita yang akan digunapakai oleh stesen TV berteras Islam ini.

Lihat juga liputan berikut yag dipetik daripada utusan online bertarikh 19/11/2010 bertajuk i MEREKA PERINTIS HIJRAH iaitu liputan mengenai Kakitangan Bahagian Berita TV Al-Hijrah.

Tuesday, November 16, 2010

SIARAN TV HYBRID YTL

Petikan utusan online - 16/11/10

Siaran TV hibrid YTL tahun depan

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Selepas menawarkan perkhidmatan suara 4G pertama di dunia, YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Communications) kini terus melangkah ke hadapan untuk menyediakan siaran televisyen (TV) hibrid meliputi komuniti Malaysia dan Asia Pasifik bermula November tahun depan...LAGI...

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

*Maklumat mengenai HYBRID TV.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...