Tuesday, August 31, 2010

KERJASAMA NATIONAL GEOGRAPHIC CHANNEL

Petikan bernma.com - 30/08/10.
KERJASAMA DENGAN NATIONAL GEOGRAPHIC CHANNEL UNTUK TINGKAT KUALITI DOKUMENTARI
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan meningkatkan kerjasama dengan National Geographic Channel dalam usahanya menghasilkan penerbitan dokumentari berkualiti, kata menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, August 28, 2010

INDUSTRI KREATIF SUMBANG RM6 BILION

Petikan utusan online - 27/08/10.
Industri kreatif sumbang RM6 bilion
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
PELBAGAI galakan, insentif, pinjaman dan dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada para penggiat bidang seni di negara ini sedikit sebanyak berjaya membuahkan hasil.
Industri seni kreatif yang meliputi penerbitan filem, drama televisyen, animasi, seni reka, kandungan digital, muzik, persembahan dan visual misalnya, telah menyumbang kepada ekonomi negara...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekada maklumat.

DOKUMENTARI TUN RAZAK

Petikan utusan online - 27/08/2010
Dokumentari Tun Abdul Razak
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
APABILA memperkatakan mengenai penerbitan dokumentari di negara ini, percayalah, pasti akan ada yang memiliki tanggapan skeptikal mengenainya.
Bukan mahu memperkecil-kecilkan mana-mana pihak tetapi apabila ditonton kembali dokumentari yang diterbitkan, sebahagian besarnya memiliki pendekatan yang sama sehingga mampu menimbulkan rasa bosan...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Friday, August 27, 2010

Penubuhan www.umnotv.com - UMNOTV

Apabila Zakir seorang jurukamera yang pernah sama-sama bertugas di TV3 berhasrat menyewa salah sebuah pejabatku di Desa Aman Puri, Kepong aku terpikir untuk memulakan usaha baru bersamanya.
Oleh kerana dia mempunyai kamera, aku cadangkan kepadanya untuk membuat projek bersama. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membuat satu kertas-kerja cadangan untuk menubuhkan sebuah stesen webtv khusus untuk UMNO Malaysia.
Oleh kerana kami tidak mempunyai hubungan dengan pihak atasan UMNO, kami meminta bantuan Yayasan Kajian Pengajian Melay, YKSM menerusi Pengarahnya Datuk Radzi Latiff mencadangkan penubuhan webtv itu.
Bagi memastikan cadangan ini menjadi realiti , kami berbincang dengan satu pihak lain untuk menyediakan pembangunan laman web itu.
Dengan bantuan Azhar Osman, Setiausaha Akhbar beliau yang juga bekas kakitanganku di TV3, cadangan kami ini di bawa kepada pengetahuan Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kemudiannya bersedia mendengar cadangan ini.
Kami ke Bangunan UMNO di PWTC di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia mendengar taklimat mengenai webtv UMNO. Beliau begitu ghairah dengan cadangan ini dan lantas mencadangkan perasmian webtv UMNO ini dilakukan diMalaysia Hall London seminggu selepas itu
Aku, Zakir, Datuk Radzi Latiff terbang ke London untuk melancarkan prototype UMNOtv secara rasmi. Ketika membuat persediaan itu pihak Kedutaan khususnya di Malaysia Hall tidak memberi bantuan sebagaimana yang diharapkan. Terpaksalah kami sendiri dengan bantuan pelajar-pelajar yang secara kebetulan menganggotai Kelab UMNO London membantu persediaan untuk pelancaran wbtv itu.
Sekembalinya ke Malaysia selepas berada di London, pihak ketiga yang bertanggungjwab membangunkan laman web itu meminta RM500,000 ribu untuk meneruskan projek yang sudah diberi lampu hijau oleh presiden UMNO sendiri. Oleh kerana kami tidak mempunyai modal, bagaimana nak membayar pembiyaan itu sedangkan projek baru bermula.
Nasib baik ada pihak lain yang bersedia membantu membangunkan laman web itu. Setibanya di Kuala Lumpur, aku dipertanggungjawabkan untuk memberi taklimat kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO, MT mengenai penubuhan UMNOtv itu. Oleh kerana Presiden UMNO telahpun melancarkannya di London, tiada siapa yang bertanya mengenai viability projek itu atau tidak. Semuanya mengalu-alukan kehadiran UMNOtv yang buat pertama kalinya menemui ahli-ahli UMNO di seluruh dunia menerusi alam maya dengan pendekatan penggunaan video.
Oleh kerana telah diberi lampu hijau untuk membangunkan umnotv.com selepas pelancarananya di London, aku mula mengambil kakitangan untuk mengendalikan operasi editorial dan teknikal laman webtv itu. Dengan sokonganYayasan Kajian Strategik Melayu, YKSM menerusi Presidennya , Datuk Radzi Latiff, kakitangan Editorial, IT dan Teknikal memulakan tugas masing-masing. Aku juga mengumpulkan stringer yang ku kenali ketika berurusan di TV3 dahulu untuk membantu membuat liputan apa juga kegiatan UMNO di seluruh negara.
Buat permulaannya Datuk Radzi Latiff membiyai urusan operasi kewangan termasuk menubuhkan Pejabat Operasi Editorial di Desa Aman Puri, di Kepong Selangor.
Apabila kakitangan tetap mula diambil, maka terpaksalah aku menggunakan kewangan sendiri sekiranya diperlukan untuk menampung pembiyaan Datuk Radzi yang tidak menentu. Alasan yang diberikan ialah takkan projek yang membabitkan Presiden UMNO tidak akan membayar tuntutan bayaran yang aku buat kemudian. Atas hakikat ini, aku menggunakan kad kredit untuk memenuhi apa juga keperluan operasi UMNOtv.
Oleh kerana beban kerja semakin bertambah, dan pembiyaan operasinya tidak menentu, aku meminta YKSM memperuntukkan kos bulanan operasi untuk melaksanakan projek UMNO tv itu. Sebelum ini dilaksanakan aku masih terpaksa mengorbanakan kad kredit untuk membiyaai operasi keseluruhan UMNOtv.com itu.
Maka barulah operasinya berjalan dengan lancar. Namun dalam keadaan sedemikian, aku merasa kurang selesa melihat perkara ini mungkin akan terjejas kerana pembiyaan bulanan YKSM ini mungkin tidak menentu pada masa akan datang.
Aku memerlukan satu komitmen sewajarnya bagi memastikan kelangsungan operasi UMNOtv.
Oleh kerana UMNOtv sukar mendapatkan pembiyaan tajaan kerana ia berbentuk webtv sebuah organisasi parti politik, aku mencadangkan penubuhan sebuah lagi laman webtv yang mampu menerima tajaan yang kemudiannya boleh membiyaai kos operasi UMNOtv.
Setelah memkirikan beberapa waktu, aku menghasilkan satu kertas kerja dan meminta webmaster UMNOtv. Sdr. Rizan untuk membuat prototypenya – maka lahirlah sebuah lagi webtsite www.malaysiaview.tv.


Thursday, August 26, 2010

RADIO DAY TO CELEBRATE GROWTH OF INDUSTRY

Petikan-btimes.com.my-26/08/2010.
Radio Day to celebrate growth of industry
By Presenna Nambiar
COME September 9, the entire radio fraternity will come together to celebrate Radio Day, a day to set aside their intense competition and celebrate the growth of the industry.
According to Media Prima radio networks general manager Seelan Paul, there is much to celebrate too, with radio becoming a force to be reckoned with to advertisers and media buyers alike...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, August 21, 2010

HOS RADIO 98.8 TIDAK DIBENAR KE UDARA

Petikan bernama.com 20/08/10
Star RFM Siasat DJ Tidak Dibenarkan Ke Udara
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Star RFM Sdn Bhd berkata syarikat itu sedang menyiasat hos radio 98.8 Jamaluddin Hassan yang tidak dibenarkan ke udara, menurut pengerusinya Datin Linda Ngiam.
Beliau berkata siasatan itu juga meliputi bagaimana perkara tersebut dikendalikan oleh kakitangan yang bertanggungjawab terhadap 988...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadr maklumat.

Friday, August 20, 2010

PERMIT THE ROCKET DISAMBUNG

Petikan utusan online 20/08/10
Permit The Rocket disambung
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan permit penerbitan akhbar The Rocket bagi versi bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Tamil...LAGI...
>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...