Friday, July 31, 2009
LIPUTAN PERANG
Thursday, July 30, 2009
IKIM & TV ISLAM
IKIM sedia salur program
KUALA LUMPUR 29 Julai - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berminat menyalurkan rancangan berbentuk keagamaan kepada saluran televisyen kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan diwujudkan kelak.
Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, perancangan itu dibuat kerana IKIM tidak mampu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengendalikan saluran televisyen sendiri.
''Kerjasama ini dapat membantu masyarakat memahami mesej dakwah dengan lebih mendalam dan meluas,'' katanya selepas menutup persidangan antarabangsa yang bertajuk 'Muslim Dan Pembatasan Ilmu Pada Abad ke-21: Isu, Prospek dan Cabaran' di sini hari ini… LAGI…
>>>>>
CATATAN PK
Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM adalah badan yang begitu sesuai dalam usaha membantu saluran televisyen kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan diwujudkan kelak. Ini kerana wawasan dan matlamat penubuhan IKIM juga berobjektifkan untuk meningkatkan kefahaman Islam di kalangan orang Islam dan bukan Islam dengan menyerlahkan nilai sejagat dan kesemua rangkuman Islam yang benar dan berhububngkait dengan kehidupan manusia.
Sunday, July 26, 2009
YASMIN DLM. KENANGAN
Pengarah Filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara jam 11.25 malam semalam selepas menjalani pembedahan setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak Khamis lalu.
Yasmin yang saya anggap mendahului zamannya banyak memberikan para peminat filem tempatan sentuhan kreatif yang penuh dengan elemen kasih sayang, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cara bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk Malaysia.
Filem-filem serta filem iklan yang dihasilkan memberi garapan cara penghidupan masyarakat 1Malaysia sejak awal pembabitannya lagi sebelum gagasan 1 MALAYSIA yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malang sekali baginya, kehebatannya banyak diberi pengiktirafan oleh pihak luar dan tidak datang daripada peersnya di tanahair sendiri. Hanya filem Sepet diangkat memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005 dan Gubra yang dianugerahi Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006. Setiap filem Yang dihasilkan terus menerus menjadi kritikan, sejak filem pertamanya Rabun (2003), Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009)
Filem Muhsin mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007. Filem Muallaf memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008. Filem Sepet turut menerima Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.
Pemergian beliau akan meninggalkan satu lagi vacum kerana karyawan filem yang ada di negara ini masih lagi mencari-cari identiti dalam usaha menghasilkan filem yang berteraskan 1 Malaysia yang telah lama ditemui oleh Yasmin.
Alfatihah buatmu Yasmin. Semoga rohmu dicucuri rahmat hendaknya.
* Lihat juga rencana berikut.
Yasmin pergi membawa aspirasi 1Malaysia - utusan online -27/07/09
Friend to all - star-ecentral.com - 27/07/09
Karya Yasmin akan dirindui - bharian.com.my serta-28-07-09
Yasmin buat saya menangis lagi - utusan online 28/07/09.
Friday, July 24, 2009
HARTA INTELEK
Matlamat program ini adalah untuk berhibur sambil menyalurkan mesej yang bermanfaat kepada penonton.
Drama durasi siaran 30 minit ini berkisar mengenai kehidupan masyarakat sebagai tunjang rancangan, dilakonkan oleh pelakon lama dan baru. Lagu diperolehi dengan izin syraikat rakaman utuk diterbitkan bagi memperkukuh mutu persembahan drama berkenaan. Sambutan syarikat rakaman turut mengalakkan. Persembahan drama dan lagu akan seimbang supaya matlamat untuk menyampaikan mesej dan pengajaran dapat diolah secara berkesan.
Rancangan ini sesuai dan seronok ditonton kerana ia menampilkan cerita, lagu dan mesej yang bertujuan mempunyai unsur pendidikan dan pengajaran secara tidak formal. Rancangan mempunyai potensi tontonan dan tajaan khususnya dari syarikat rakaman, bersesuaian dengan slot tayangannya.
Namun selepas dijaja kepada beberapa stesen TV, tidak ada yang berminat untuk memberikan kami peluang menerbitkannya. Untuk tidak membazir kerana kos penerbitannya telahpun dikeluarkan, maka program pilot Memori Aku dan Lagu di sunting semula untuk diubahsuai dan digunapakai dalam program Neraca – Kisah Benar yang disiarkan di TV3.
Namun, apa yang diangggap menarik, terdapat juga program seperti ini yang kemudiannya disiarkan di salah sebuah stesen tv di negara ini.
Namun perkara seperti in pasti akan terus berlaku kerana dunia kreatif semasa tidak memberi penekanan terhadap pentingnya hak harta intelek-intellectual property - sedangkan kita sudahpun ada Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan sejak 1962 dengan nama Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak.
Wednesday, July 22, 2009
NASIB WARTAWAN
Petikan daripada www.bharian.com.my – 22/07/09.
17 wartawan terbunuh di Mexico sepanjang 18 bulan
BANDARAYA MEXICO : Tujuh belas wartawan maut di Mexico sejak 2008, menjadikan negara itu paling merbahaya kepada pengamal media.
Selain itu, 365 kes dilaporkan membabitkan wartawan diserang, menurut pengarah Yayasan Manuel Buendia, Omar Raul Martinez dalam satu sidang akhbar semalam.
Kajian yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan itu mendapati 223 kes membabitkan wartawan diserang, termasuk 12 dibunuh pada 2008.
Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu, 142 wartawan dilaporkan diserang dengan lima mati dibunuh...LAGI ...
>>>>>>>
CATATAN PK
Membaca berita seperti ini kadangkala baru kita sedari betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia berbanding dengan penduduk negara lain di dunia.
Sunday, July 19, 2009
CRONKITE DALAM KENANGAN
Friday, July 17, 2009
NTV7 & VISINYA
Petikan daripada utusanonline – 17/7/09.ntv7 rai dekad kedua
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
SELARAS dengan peningkatan usia beroperasi untuk tahun yang ke-11 pada 7 Julai lalu, ntv7 yang mula beroperasi sejak 7 April 1998 kini dipelopori kandungan bermutu produk rancangan dari dalam dan luar negara yang lebih urban.
Peningkatan demi peningkatan yang diraih oleh stesen swasta ketiga negara itu bukan sahaja dapat diperhatikan dari segi ratingterkumpul pelbagai rancangannya, malah sejak mula beroperasi ia terus diterima baik sehingga ke hari ini.
Kelainan yang dibawa oleh stesen berkenaan dengan mengenengahkan tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina itu ternyata disenangi pelbagai kaum di negara ini.
Strategi berbeza dari segi susunan rancangannya juga memperlihatkan keberkesanan yang nyata apabila data AC Nielson yang diperoleh mencatatkan rangkaian itu mendahului sebanyak 21 peratus penonton berbangsa Cina berbanding stesen lain...LAGI…
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Semua stesen TV mempunyai objektif misi dan visi yang sama. Apa yang membezakannya dengan yang lain ialah pendekatan stesen itu dalam hal mengorientasikan siaran beritanya.
Stesen tv ini perlu mengekalkan pendekatan sedia ada di mana ia diletakkan sebagai sebuah stesen yang memberikan “balance” reporting dan tidak terlalu pro-kerajaan di dalam pendekatan siaran beritanya. Sekiranya ia mengambil pendekatan sebagaimana TV3 serta stesen lain di Media Prima ataupun beraliran sepertimana Berita RTM, ia akan hilang identitinya. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh 3 Datuk di Media Prima iaitu Datuk Johan Jaffar, Datuk Ahmad Talib dan Datuk Manja Ismail.
Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...
-
Setiap Sabtu antara 17 Julai 2010 hingga 7 Ogos 2o10 sekali lagi aku berada di TV3 untuk melatih para wartawan & penerbit Primeworks. I...
-
Antara Penyampai Berita terawal di TV3 ialah Razak Abdullah, Fitri Aziz dan Mahadzir Lokman yang turut membaca Berita Bahasa Inggeris . ...