Thursday, November 27, 2008

TERKENANG NASI LEMAK, ROJAK & LAKSA - 03

HIDUP di luar negeri penuh cabaran. Khusunya perkara yang penting dalam hidup iaitu MAKAN. Bagi mereka yang berada di luar negara, antara perkara yang sering memilukan hati bukan sahaja berpisah jauh dengan kaum keluarga dan rakan, malah perpisahan dengan berpuluh-puluh jenis makanan serta kuih-muih. Antaranya ialah Mee Rebus, Laksa, Nasi Ayam, Kuih Kuci, Pulut Panggang serta makanan paling popular - Goreng Pisang.

Terliur meningingatkan nikmatnya mengunyah makanan-makanan ini. Golongan pelajar yang kurang bernasib baik dan jarang menjamah makanan ala-Malaysia ialah yang tinggal di asrama universiti. Terpaksalah mereka makan makanan seperti Burger, Steak serta Salad sahaja. Namun, ada juga asrama universiti yang membenarkan penghuninya memasak. Tapi, Jangan dicuba-cuba masak lauk yang berkari ataupun mengoreng ikan kering. Sekelip mata sahaja, mereka yang tajam hidungnya akan mengadu hal kepada pengetua asrama.

Aku masih teringat peristiwa seorang kawan yang tinggal di asrama di sini. Kerana baru menerima kiriman rempah kari dari tanahair, dia cuba menumis kari ayam. Penghuni seasrama yang tidak biasa dengan bau pelik ini terus mengadu kepada pihak berkenaan. Sejak itu, kari ayam yang dikirim dari Malaysia bersetemkan $50 terpaksa disedekahkan kepada rakan di luar asrama. Dalam satu kes lain, beberapa penuntut kita cuba membakar satay. Jiran-jiran di sebelah mengetuk pintu kerana ingatkan ada kebakaran. Masakan tidak, Asap membakar satay berkepul-kepul keluar dari bilik. Ini menarik perhatian dan menimbulkan kecemasan jiran-jiran.

Bagi mereka yang tinggal di luar asrama, mereka tidak punya banyak masalah. Lagipun adalah lebih murah mereka memasak sendiri. Hujung minggu di Boston adalah masa untuk membelibelah di pasar borong. Kalau ke supermarket harganya tinggi sedikit berbanding pasar borong. Kerana Boston berhampiran laut, ikan, udang dan ketam agak murah dibandingkan dengan bandar lain seperti Chicago, St. Louis dan Indianapolis yang tidak berpantai.

Masa yang seronok bagi yang masih bujang ialah apabila mereka yang berkeluarga menjemput makan ke rumah. Di hujung minggu, tunggu sahajalah deringan telefon menjemput makan. Rezeki sebegini pasti tidak ditolak.

Kalau tidak menerima jemputan, mereka berkumpul di hujung minggu dan berkongsi duit untuk memasak makanan yang istimewa sedikit. Kepala ikan, ikan pari atau ikan terubuk adalah antara makanan yang diminati. Ikan jenis ini harganya murah dibandingkan dengan ikan lain. Kepala ikan terubuk mislanya sukar dimakan dengan menggunakan sudu dan garpu oleh orang-orang di sini.

Aku masih teringat peristiwa kami berkumpul untuk memasak nasi lemak. Ikan bilis, santan yang ditin dibeli di Chinatown, Boston. Kesemua yang hadir menjilat air liur apabila bau nasi lemak tanpa daun pisang itu meyelubungi bilik. Apabila siap, masing-masing berebut mahukan nasi dan sambal lebih - seolah-olah tak makan beberapa hari. Maklum sajalah tak tercuit nasi lemak hampir setahun. Setelah santapan pertama, suapan terhenti seketika. Masing-masing melihat wajah rakan lain... Nasi lemak yang dibuat itu berbeza sikit. Dari tak ada, habis juga nasi itu di makan.

Rupa-rupanya nasi itu ialah Nasi Lemak Manis. Santan yang dibeli rupa-rupanya bercampur gula.

* Petikan rencana ini disirkan di akhbar Berita Minggu di dalam ruangan Warkah Salleh Kassim dari Boston, Amerika.

RELAX SAT.....02


DEAR JOHN !!!

Aku menerima email ini tidak lama dulu dari seorang rakan yang tak ku ingat sape. Ia adalah sebuah surat yang ditujukan kepada kekasihnya berbangsa orang putih. Bacalah kandungannya untuk renungan bersama.....

Hai John,
With this letter I want to give know you - Bersama surat ini saya ingin memberitahu kamu
I want to cut connection us - Saya ingin memutuskan hubungan kita.
I have think this very cook cook - Saya telah memikirkan hal ini masak masak.
I know my love only clap one hand - Saya tahu cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan.
Correctly, I have seen you go with a woman entertainment at town with my eyes and head myself
- Sebenarnya, saya telah melihat kamu pergi bersama seorang wanita penghibur di kota dengan mata kepala saya sendiri.
You always ask for apology back back times - Kamu selalu minta maaf berulang ulang kali.
You are really a man crocodile land - Kamu benar benar seorang lelaki buaya darat.
My Friend speak you play fire - Teman saya berkata kamu bermain api.
Now I know you correct correct play fire - Sekarang saya tahu kamu benar benar bermain api.
So, I break connection and pull my body from this love triangle - Jadi, saya putuskan hubungan dan menarik diri dari cinta segitiga ini.
I know this result I pick is very correct, because you love she very big from me - Saya tahu keputusan yang saya ambil ini benar, karena kamu mencintai dia lebih besar dari saya.
But I still will not go far far from here - Namun saya tetap tidak akan pergi jauh-jauh dari sini.
I don't want you play play with my liver - Saya tidak ingin kamu main-main dengan hati saya.
I have been crying night night until no more eye water thinking about your body - Saya menangis bermalam-malam sampai tidak ada lagi airmata memikirkan dirimu.
I don't want to sick my liver for two times - Saya tidak mau sakit hati untuk kedua kalinya.
Safe walk, John- Selamat Jalan, John.

MANA BERITANYA? - 02


Sekalungan bunga tahniah kepada PM, Datuk Hussein Onn, Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh, Encik Ghafar, Datuk Musa serta pemimpin UMNO yang terpilih ke MT di perhimpunan Agung UMNO tidak lama dulu. Mungkin ucapan tahniah ini agak terlewat, tapi ia mungkin boleh dimaafkan kerana aku baru saja menerima beritanya.
Lewat menerima berita atau tidak menerimanya samasekali mengenai peristiwa tanahair adalah salah satu dilema yang dihadapi oleh penuntut Malaysia di luar negara. Kalau ada belas ikhsan kawan-kawan dan keluarga, dapatlah diikuti perkembangan tanahair sedikit sebanyak walaupun ia terlewat kira-kira dua atau tiga minggu.
Perkara ini mungkin tidak berlaku di kotaraya yang ramai penuntut Malaysia. Kerana hubungan rapat wujud antara Kedutaaan Malaysia di Washington serta persatuan anak-anak Malaysia di universiti berkenaan. Di universiti di mana jumlah penuntut Malaysia sebegitu kecil sebagaimana Boston Unversity – yang hanya mempunyai 6 penuntut adalah sukar bagi Kedutaan menghubungi kerana ketiadaan persatuan yang formal. Hendak menubuhkan persatuan pun tidak perlu kerana jumlahnya sebegitu kecil. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk penuntut dari universiti lain seperti University Massachusetts, Massachusetts Institute of Technology (MIT), University North Eastern dan Harvard University.
Bagi kami di Boston University, berita tanahair yang baru diterima dicanangkan dari mulut ke mulut sebagaimana perhubungan yang dibuat di zaman dahulu kala. Usaha ini juga dapat mempereratkan hubungan antara pelajar yang lazimnya sebok dengan kuliah sendiri.
Setelah dua bulan di sini, aku tidak berpeluang mengikuti perkembangan tanahir di akhbar-akhbar tempatan. Akhbar-akhbar seperti Boston Globe, Washington Post dan Wall Street Journal misalnya, hanya memuatkan berita tempatan serta perkembangan dunia luar. Berita-berita di radio atau TV sama ada di rangkaian ABC, NBC & CBS serupa saja kandungannya. Apa yang berlainan hanyalah adunan rencah berita yang dipersembahkan dengan cara tersendiri.
Majalah seperti Far Eastern Economic Review, Asiaweek sukar diperolehi sama ada di tepi jalan mahupun di perpustakaan. Kalau adapun di perpustakaan ia adalah terbitan lama yang pernah dibaca di Malaysia. Majalah terbitan baru seringkali direbut awal-awal oleh penuntut dari negara Asia lain seperti Korea Selatan, Filipina dan lain-lain. Majalah Times, Newsweek, Esquire dan lain-lain tidak memberi perhatian kepada perkembangan di Asia malahan lagi Malaysia.
*Petikan Rencana ini pernah disiarkan di dalam akhbar Berita Minggu di dalam ruangan Warkah Salleh Kassim dari Boston, Amerika.

Wednesday, November 26, 2008

TUT-TUT-TUT TINGKAT 13 - ITM-05

Walaupun Minggu Orientasi ITM sudah berakhir. Ia masih belum selesai. Di Kajian Sebaran Am, Tingkat 13 kehadiran kami Freshie ditunggu-tunggu - bukan oleh pensyarah, tetapi Batch 1974 yang diketuai oleh Zainal Azman, (sekarang bergelar Datuk dan mengetuai Tabung Haji ) selaku Pengerusi J/K Minggu Orientasi MassComm. Aku yang mempunyai kenalan seperti Jin Kapiak, Faridah Hitam (Black) & Tengku (kenal di RTM sebelumnya) - lega kerana mempunyai kenalan ini. Harapan mengunung ini meleset samasekali. Sejak awal-awal lagi, Aku dijadikan sasaran utama oleh kumpulan Seniors yang menyediakan program terperinci Induction Week. Seniors tahu aku pernah bertugas di Bilik Berita RTM. Ketika induksi bermula, setiap kali namaku dipanggil, sebelum apa-apa aku dikerah membunyikan TUT-TUT-TUT, iaitu bunyi ID Berita Radio-sebelum tajuk berita.
Sepanjang
Induction Week itu, aku dikenali sebagai Salleh Tut-Tut. Tabik yang diberi kepada Seniors sudah mula kurang springnya. Untuk mengenali Seniors kami dipaksa mendapatkan nama mereka semua. Untuk mendapat satu nama kadang-kadang mengambil masa berhari-hari hinggalah mereka mengizinkan. Itupun kami terlebih dahulu di arah menyanyi Hindustan, menyanyi Bisu, menyanyi Sengau, menyanyi Lirik Terbalik dan pelbagai lagi yang disengajakan untuk menyakitkan hati.

Sebagai Freshie kami merasakan Culture Shock bukan sahaja dengan subjek baru dengan assignment yang menimpa-nimpa di samping hostel yang jauh untuk berulang alik malah terpaksa melayani pelbagai karenah Seniors yang ketika itu seperti Singa Lapar yang tak kenyang-kenyang. Sehinggalah acara Induction Week berakhir, akulah orang yang paling teruk dikerjakan. Aku juga dikenalpasti sebagai salah seorang Finalis untuk merebut anugerah The Most Sporting Freshie . Malam terakhir Induction Week aku terpilih bersama seorang lagi rakan sekelas, Ghazali. Untuk mencari juara aku dipaksa bertinju olok-olok dengan rakan itu, Ghazali. Dengan memakai seluar katuk, aku menjadi Joe Bugner dan Ghazali menjadi Mohd Ali. Malam itu aku dinobatkan The Most Sporting Masscomm Freshie. Jika diukur dengan "deraan" yang diterima, aku tidak berbangga langsung dengan anugerah yang tak ku pinta ini. Sebelum itu, aku turut dikerah menjadi Pendebat membincangkan sebuah tajuk anih ” Bald Headed Women Is A Beautiful Women."
"Singa-Singa Betina" ketika itu lebih garang daripada
Ibu Mertuaku Kassim Selamat mahupun Ibu Tiri Lela Manja. Peranan mereka ini begitu berkesan dan tidak boleh ku lupakan. Antaranya yang betul-betul brutal ialah ahli kumpulan penyanyi Peppermints seperti Mahfuzah @ Chah, Aishah Ali aka Kudu– bekas Pengarang NST, Basariah Latiff @ Dee - COO Rangkaian Segar.

Seniors lain termasuk Zohara Gany@Lola, Siti Zaleha - Batch 1973, Faridah Hitam @ Black, Noraini, Hayati - sekarang Datuk dan Pengarah Rancangan RTM, Husner-RTM, Zainon-UDA, Salbiah-Bernama, Mahfuzah-XBernama, Sherry, Suriati, Rohana, Fariza, Narimah, Emma - semua batch 1974 dan ramai lagi.
"Singa-singa Jantannya" pula ialah Sallehuddin Osman @ World-Bekas pengarang Malay Mail, Aziz Hassan @ Chonot-X-NST, Dr.Baharuddin Aziz @ Aboi-UITM dan Zaid. Batch 1974 pula ialah Razak Dali@Mad Dog-Public Bank, Fathki, Rashid, Shafie, Khair Rahman@Jin Kapiak, Prof.Madya Ilias Salleh @Jin Islam, Md. Nor, penggiat & pengkritik filem Mansur Putih & Nasir Jani, Ibrahim, Khairuddin Osman dan Rahim Salleh-Pensyarah UITM - dan ramai lagi.
Keesokan harinya bila kami ke Tingkat 13, senarionya bertukar 360 darjah. Kami diterima Seniors menjadi warga MASSCOMM Tingkat 13. Hubungan kami begitu mesra dan rapat seperti keluarga dan perasaan sedemikian masih terasa sehingga kini apabila bertemu rakan-rakan Seniors ini. Itulah Nostalgia di Tingkat 13.


Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...