Saturday, June 11, 2011

RM11.5J UNTUK 5 PEMANCAR DI SABAH

Petikan bernama.com 10/6/11
RM11.5j untuk 5 pemancar TV, radio Sabah
PENAMPANG, 10 Jun — Kerajaan akan membelanjakan RM11.5 juta bagi membangunkan lima pemancar baru televisyen dan radio di Sabah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat

TIADA MONOPOLI PEBYIARAN SUKAN POPULAR

Petikan bernama.com - 11/06/11
Tiada lagi monopoli penyiaran sukan popular - Rais
KOTA KINABALU 11 Jun — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan melaksanakan dasar baru yang memastikan program televisyen yang digemari rakyat, terutama sukan popular tidak lagi dimonopoli oleh satu badan penyiar atau badan media sahaja.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perkara itu sudah disampaikan kepada pihak berkenaan termasuk Astro...LAGI...
>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, June 7, 2011

GIG TARIK PENONTON TV9

Petikan utusan online - 7/06/11
Gig tarik penonton TV9
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
PELBAGAI usaha telah dilakukan oleh TV9 bagi menambah bilangan penonton saluran televisyen itu yang kini telah pun lima tahun bersiaran dalam dunia penyiaran tanah air.
TV9 misalnya, mengenal pasti remaja sebagai golongan penonton sasaran mereka di mana pelbagai aktiviti telah pun diatur bagi mencapai matlamat tersebut
...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat

Monday, June 6, 2011

FARA FAUZANA DILAMAR ASTRO

Petikan kosmo.com.my 6/06/11
Fara Fauzana dilamar Astro
Oleh MALIAH SURIP dan FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Deejay Fara Fauzana kini berada dalam dilema sama ada mahu terus setia bersama stesen radio Hot.FM atau berhijrah ke stesen televisyen Astro selepas dikhabarkan menerima tawaran kontrak mencecah RM1 juta...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Friday, June 3, 2011

TIADA RANCANGAN AMBIL ALIH BERNAMA TV- MEDIA PRIMA

Petikan utusan online - 2/06/11
Tiada rancangan ambil alih Bernama TV - Media Prima
KUALA LUMPUR 2 Jun - Media Prima Bhd. hari ini berkata, ia tidak mengadakan sebarang perbincangan atau mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil alih atau mengendalikan Bernama TV.
Pengendali televisyern bebas ke udara itu berkata demikian kepada Bursa Malaysia bagi menjelaskan laporan berita dari pelbagai sumber media berkaitan Bernama TV.
..LAGI...
>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat

MEDIA PRIMA MUNGKIN AMBIL ALIH BERNAMA TV

Petikan utusan online - 1/02/11
Media Prima mungkin ambil alih Bernama TV
PETALING JAYA 1 Jun - Media Prima Bhd. tidak menolak kemungkinan memiliki satu lagi stesen televisyen atau mengambil alih Bernama TV (BTV) sebagai sebahagian daripada pelan pembesarannya.
Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Dikongsi dan Rangkaian TVnya, Datuk Kamal Khalid berkata, syarikat itu gembira jika dapat mengendalikan lebih banyak stesen TV.
"Tetapi, tanpa kemungkinan itu, kami akan cuba bekerjasama dengan syarikat lain seperti Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk menggunakan kesemua kaedah penyampaian alternatif bagi menjangkau para pelanggan kami," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Emas Channel 104 di sini hari ini, yang akan menawarkan program konsep kontemporari lama...LAGI...
>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Thursday, June 2, 2011

TV ALHIJRAH DI ASTRO

Petikan utusan online - 1/06/11
TV AlHijrah di Astro
TV AlHijrah mula bersiaran di saluran 114 Astro hari ini, sekali gus melengkapkan statusnya sebagai stesen televisyen nasional yang siarannya boleh diterima di seluruh negara melalui platform satelit.
Sebelum ini, melalui platform bebas siar, TV AlHijrah sudah pun menemui penonton sejak 1 November tahun lalu di Lembah Kelang, Terengganu, Pahang, Utara Johor, Sabah dan Sarawak...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadr maklumat.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...